Monday, September 08, 2008

sibuk sangatkah aku?

RamADaN..

sejak ramadan bermula, aku belum sempat menulis mengenai sukatan sekolah ramadan kali ini. kesibukan yang teramat telah melanda diri ini, lantaran beberapa tugasan yang diberikan pada minit-minit akhir. yang aku sedari, diri ini tidak seefisyen dahulu..entah kenapa.

ramadan kali ini disambut sederhana namun tetap meriah. disini jugaklah aku dan teman-teman rumah yang lain belajar memasak. macam-macam resipi yang kami cuba. alhamdulillah, ramadan mendekatkan kami. tapi, masuk kali ini..sudah dua kali kami terlepas sahur. mungkin tidur lambat sangat, jadi tak sedar bila alarm berbunyi. mungkin juga tiada rezeki ketika sahur kali ini.

hari ini, 8 ramadan. sejujurnya, aku belum sempat melakukan solat taraweh walaupun di rumah sendiri. seakan-akan tiada impian untuk mengejar gandaan pahala yang tiada pada bulan lain. kesibukan menyiapkan kerja menjadi alasan paling enak untuk didengar. tapi, aku maseh dapat meningkatkan bacaan al-quran sekian hari. alhamdulillah, dah habis dua juzuk.

ada kelainan pada ramadan kali ini. pada diri ini, bukan pada bulan ramadan. tiada lagi doa pengharapan yang amat sangat. tiada langsung. kesempitan waktu menyebabkan aku terkejar-kejar. doa untuk kecemerlangan sendiri tetap tidak dilupakan. namun jauh di sudut hati, diri ini masih mengharapkan cinta yang allah kurniakan ini adalah untuk dia. tiada juga aksi berlumba-lumba menghabiskan bacaan al-quran di setiap kali waktu sembahyang. semuanya kerana kesibukan. walau bagaimana pun, aku tetap mencari suatu hari yang kurang sibuk untuk aku jadikan titik mula perubahan di bulan ramadan kali ini.

No comments: