Thursday, October 16, 2008

kenapa blog?

Kembali menulis.. sebentar td aku melewati blog-blog yang selalu aku kunjungi. melihat kalau-kalau ada cerita baru dalam hidup mereka. buat masa ini, aku amat teruja dengan kehadiran beberapa blog yang telah terubah gaya bahasanya. pendek kata, ayat-ayat yang sedap didengar dengan susunan bahasa yang cantik. sikit pun tidak merosakkan bahasa. sedang mencari-cari idea baru untuk menulis, aku terfikir..kenapa blog? apakah tujuan sebenar blog diwujudkan? dalam kelas pembangunan sosio dan ekonomi malaysia yang pernah aku lalui dulu, Pn Siti ada memberi pendapat mengenai pentingnya catatan sejarah. soalnya, berapa ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran untuk menulis setiap perkara yang dilalui saban hari? catatan yang kita fikir simple ini akhirnya mempunyai kepentingan yang amat besar kepada sejarah negara. barang kali ini sebabnya blog diwujudkan. setakat pengetahuan aku, blog bukanlah dimulakan oleh orang Malaysia. malah, istilah blog masih asing dikalangan masyarakat negara ini.

aku menulis blog kerana menyahut seruan guru bahasa melayu, Pn zainiah. katanya, menulis dapat merancang minda untuk berfikir dengan lebih kreatif disamping menyeimbangkan fungsi bagi kedua-dua bahagian, kiri dan kanan otak.

No comments: