Saturday, October 18, 2008

kisah hari ini (KHI)..

jam 1.02 pg..new message from Pyan. pelik, jarang sekali pyan menghantar mesej di pagi hari sebegini. seingat aku kali terakhir jam 3 pg, beberapa tahun lepas. ketika dia masih tidak hirau tentang personal time. sekarang, jam 11.30 mlm pun sudah dikira lewat. jemputan ke rumah terbuka pada ahad ini. hati ini memang nak sangat pergi. tapi bila difikir-fikirkan, mereka disini lebih memerlukan aku. sekarang, kita harus lebih menghargai diri sendiri dan buat kerja yang patut2. selepas beberapa ketika, SMS dari natrah menerjah..bertanya tentang rumah terbuka yang sama. kesimpulannya, tidak pergi. aku agak terkilan, sudah 2 tahun terlepas peluang begini. pertama kali, tahun lepas. ketika itu ada perperiksan ahkir tahun. hati terus berbisik, sengaja tuhan tidak izinkan semua itu berlaku. ada hikmah yang tersembunyi..usah ditanya kenapa.

jam 2.30 pg.. aku bersiap2 untuk tidur. setelah baring, handphone masih ditangan. melayan SMS dari natrah. selepas itu, tiada jawapan. ayat terakhir yang aku taip di skrin handphone buat aku berfikir semula. setelah apa yang terjadi selama ini, setelah apa yang aku dapat melalui pembacaan buku 'sendiri mau ingat', itulah penyelesaian terbaik kepada masalah itu. buat diri aku dan semua pihak. kadang-kadang kita terlupa, masa yang berlalu buat semua orang berubah. kita hanya akan perasan kalau orang disekeliling kita berubah. kita tak pernah sedar, kalau kita sendiri juga sentiasa berubah. kan islam menuntut untuk kita sentiasa berubah. bukan berubah-ubah, berubah. lain maknanya tu. setiap perubahan akan membawa tafsiran baru bagi setiap orang. adakalanya perubahan yang baik bagi kita, tak baik bagi orang lain. tuntutan setiap jiwa manusia mana pernah sama. ya kan?

setiap yang aku tempuhi ketika ini adalah ilmu. ilmu sekolah hidup. setelah difikir dan direnung, tuhan sengaja temukan aku dengan beberapa watak hambanya amat berlainan dalam hidupku. pyan, natrah dan ct juga..lain dari yang lain. namun aku tetap memandangnya sebagai subjek untuk diambil iktibar dari setiap kisah hidup mereka. anda pernah berubah? pernah anda terfikir apakah perubahan itu membawa kesenangan dan kemenangan? sendiri mau ingat..

No comments: