Sunday, October 26, 2008

kisah hari ini (KHI)..part 2

salam alaikum.. moga sihat dan berbahagia hendaknya. sekejap tadi, en shamsul menghantar SMS. memberitahu thumdrive aku sudah boleh diakses. syukur. dia meminta tolong dari aku untuk mencari 4 artikel berkaitan turbulent flow in leaching tank untuk kegunaan kajian yang telah ditinggalkan oleh en. cheng apabila dia melanjutkan pelajaran peringkat phd di jepun. maunya tak gelabah, internet connection di utem putus buat sementara waktu akibat perpindahan pusat komputer ke kampus tetap, durian tunggal.

menyingkap panggilan 'kecemasan' en shamsul jumaat lalu, aku baru saja duduk menghadap makanan. kurang dari 2 jam untuk ke kelas petang itu. selepas makan, aku kembali ke laptop untuk mencari journal yang diminta. jam 2.30 petang, aku segera ke kelas. journal yang sempat aku cari hanya 2. sekali lagi panggilan dari en shamsul. setelah berbincang, aku setuju untuk menghantar ke rumahnya esok pagi. sabtu pagi, en shamsul menghadiri majlis aidilfitri di kampus bandar. kebetulan aku memang mahu ke sana. kami bertemu disitu saja. selesai satu tugas, walaupun bukan tugas aku pada mulanya. kadangkala, tugas itu adalah tugas orang lain, tapi tuhan temukan kita untuk melaksanakan tugas tersebut. jadi, janganlah marah sangat kalau kita terpaksa melaksanakan tugas orang lain. mana tau satu hari nanti ada orang yang terpaksa melakukan kerja kita pulak..kan?

hidup bagai roda. adakala kita tolong orang, adakala orang tolong kita. adakala kita tipu orang, dan orang tipu kita..pulakkk..

No comments: