Tuesday, October 21, 2008

Luahan rasa pada BACA 4132

Salam. baru selesai presentation on project proposal. untuk pengetahuan semua, inilah satu-satunya subjek yang paling bermasalah untuk semester ini. kenapa bermasalah? aku kurang bermasalah pada mulanya. tapi setelah en shamsul, penasihat akademik kami bertanya, baru aku perasan. memang ada masalah. jom tengok beberapa perkara di bawah:

  1. pensyarah yang sepatutnya mengajar kami, dalam masa yang sama sibuk nak sambung PhD. jadi, dia selalunya tiada di sisi kami.
  2. pensyarah gantian yang tidak tetap. kejap orang tu, kejap orang ni. dah tu, ajar pun ala-ala melepas batuk di tangga.
  3. yang lebih menarik, ini adalah subjek servis daripada Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK). begini cara orang-orang di bahagian pengurusan?
  4. kami diminta menyediakan satu project proposal, tapi langsung tidak di bimbing. akhirnya, kami dibidas hebat ketika sesi presentation. layakkah begitu? apa sebabnya? sebab yang suruh buat project proposal orang lain, yang memberi markah project proposal adalah orang yang berlainan.
  5. ada yang simply kata, orang yang banyak bercakap di depan adalah orang yang banyak buat kerja. senangnya menilai orang. sedangkan yang berputih mata berjaga malam, biasanya kurang pandai bercakap di khalayak ramai.

nah! sekarang kita patut sama-sama fikir dan renung agar masalah diatas tidak berulang. pelajar akan jadi terajar kalau pengajar betul-betul mengajar. tapi kalau pengajar tidak mengajar, pelajar akan jadi kurang ajar. fikir-fikir lah.

1 comment:

-kayna- said...

Saya setuju dengan anda..(^_^)
*saje nyebok..