Wednesday, October 29, 2008

selesai sudah 'sebijik beban'..hehe

salam..bersua kembali. aku baru saja selesai pembentangan PSM I. lega. itu saja yang keluar dari mulut buat setakat ni. banyak jugak soalan yang ditanya, namun masih mampu menjawab dengan baik. ini semua berkat berlatih semalaman. seperti biasa, prof memberi pendapat yang aku kira boleh membantu pembentangan PSM II nanti. thank! prof for the comment. secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan semua komen yang telah diberikan oleh panel. terima kasih sekali lagi.

petang ini, mahu tidur selama mungkin. kepala aku berdenyut-denyut sekarang ni, lantaran tidur malam yang bertemankan cahaya lampu. tidak rehat otakku. malam nanti, cadangnya nak makan di luar kemudian lepak-lepak di dataran MBMB sambil makan ais krim. esok pagi mungkin ke sagil pula..hehehehe. hadiah buat diri kami yang telah berjaya mengharungi liku-liku PSM I. sepatutnya, sambut di rumah bersama keluarga. tapi apakan daya, tambang bas pergi balik ke halaman keluarga dilihat sangat tidak padan dengan masa yang tinggal hanyalah 1 hari..(khamis).

jumaat, ada laporan yang perlu dihantar, ada kuiz yang perlu siapkan dan ada kelas tambahan untuk dihadiri. juga..ada final exam hint yang perlu diteliti..hehehe.

No comments: