Sunday, October 19, 2008

A story to share

ketika entry ini ditulis, aku masih ada beberapa helai muka surat untuk dihabiskan. pembacaan buku bertajuk 'sendiri mau ingat' karya hm tuah iskandar. dan kali ini aku ingin kongsikan hasil pembacaan aku melalui buku ini..kisah orang boleh terperasan ada cinta padanya. dr hm tuah menulisnya dalam bentuk pendapat, tp aku ringkaskan lagi dalam bentuk cerita.

kita namakan kawan perempuan kita ni sebagai A, dan yang lelaki pula sebagai B. pada suatu hari, A berjalan-jalan dan terserempak dengan orang yang sangat diminatinya, B. pada hari itu, B telah pun melemparkan senyuman pada A. apa lagi, kembanglah si A. maunya seharian senyuman itu terus mekar di mindanya. pada keesokan harinya, B sekali lagi tersenyum pada A. A bertambah-tambah syok. jalan tak cecah tanah tuu.. beberapa hari berikutnya, A berkesempatan berbicara dengan B. selang beberapa bulan pula, A dapat no telepon B. bertambah girang la hati si A. dia mula membina imaginasi tentang cintanya pada B. jangan tak tahu, imaginasi yang kita bina akan membuatkan kita benar-benar percaya bahawa imaginasi itu wujud dialam nyata. awas, jangan terpedaya dek imaginasi. lama-kelamaan hubungan A dan B mesra.

masalahnya, A tidak tahu B langsung tidak punyai perasaan padanya. sekadar senyum, sekadar bercakap dan sekadar berhubung sebagaimana manusia lain. setahun kemudian, berlaku sedikit salah faham antara mereka. pelbagai hal berkaitan hati muncul tiba-tiba. maka keluarlah ayat seperti ini. "sampai hati awak buat saya macam ni.", "kenapa buat saya macam ni?", "kenapa awak main-mainkan saya?.", "saya tulus ikhlas menyayangi awak, kenapa awak tergamak hancurkan hati saya.." nah! ni apa semua ni? tak pasal-pasal. mana ada cinta sebelumnya, sekadar memberi perhatian sebab perhatian itu diminta. sebagai manusia, apa salah berikan sikit perhatian? Masalahnya, perhatian itu dah ditafsirkan yang bukan-bukan dan dikembangkan hingga jadi satu jalinan cerita cinta. tak faham kan? memang tak faham. masalahnya dunia ini memang akan terjadi begini. sesetengahnya tu sampai datang rumah kenal dengan emak bapak sebab sangka cukup istimewa, tapi sebenarnya sekadar hubungan persaudaraan sesama islam.

itulah anehnya cinta. siapa kata cinta tak penting? orang boleh jadi 'setengah gila' oleh cinta. pesanan hm tuah, bercintalah dalam suasana intelek. memang cinta selalu 'membodohkan' tapi janganlah sampai benar-benar bodoh. jangan bina istana di awangan sebab pondok buruk itu lebih baik diatas bumi.

Original idea by HM Tuah Iskandar (2008). Sendiri Mau Ingat. Karya Bestari, Shah Alam, Malaysia.

No comments: