Sunday, November 09, 2008

Biarkan…

Drama tari burung nuri
Bermandi hujan pagi
Kian megah sang mentari
Bumi mana tak disinari
Tunggang kuda samberani
Mencapai awan tinggi
Berteka-teki sang pelangi
Siapa kan mengerti

Hurm..sejak beberapa hari yang lepas, macam-macam cerita politik yang aku dengar. Seperti biasa, ada saja perbalahan dalam diri yang dipimpin. Yang membangkang, terus membangkang tanpa menimbang tara. Yang menyokong, terus menyokong tak tentu hala. Masih segar diingatan, perbualan aku dengan sepupu yang sudah berkerja hampir 3 tahun. Sengaja aku bertanya tentang 'income tax' dan bayaran zakat fitrahnya. Jawapan yang aku kira 'sedap' didengar oleh hampir semua orang yang berkerja.

Sepupu: aku tak cukup kuota la nak bayar income tax. Zakat, ayah aku yang bayar..aku masih dibawah tanggungan!

Aku: owh..makanya, kurang berjasa pada Negara la ni..ish..ish..ish..

Tiba-tiba makcik menyampuk: alah, kalo bayaq income tax pun bukan kita dapat apa..

Aku agak terkedu dengar ayat itu. Tak dapat apa? Aku sekadar diam. Malas nak berhujah dengan orang yang kurang 'sekolah'. Selepas beberapa ketika, minda aku masih pada cerita tadi. Kalau ye pun awak sangat tidak menyokong kerajaan, jangan lah sampai begitu sekali. Setidak-tidaknya, anda melahirkan anak di hospital kerajaan, anak anda juga di sekolahkan di SK. Mak juga memberi pendapat. Pernah satu ketika hal kecemasan berlaku di kawasan rumah kami. Ambulan yang datang dengan kelengkapan yang canggih, sehinggakan pesakit boleh dirawat terus tanpa perlu ke hospital. Fikirlah sendiri kalau semua orang berfikiran seperti makcik. Mahunya ada kemudahan seperti itu?

Beginilah minda orang melayu kita. Sibuk sokong orang tu, orang ni..tapi tak sedikit pun rasa mahu bantu negara sendiri. Biarkan orang politik berkerja, berusaha untuk mendapat tempat. Kita, berusaha lebih sikit untuk bantu Negara kita. Mahu terus menyokong? Silakan, tapi pastikan anda juga berkhidmat untuk Negara. Kan cantik begitu.

psstt...Ayah lang yang satu usrah dengan menteri besar perak kini pun tak pernah kata begitu. Pada hal, anak-anaknya semua disekolah swasta. Mak cik hanyalah suri rumah sepenuh masa. Gamaknya, kalau dia punya income 5 ribu sebulan, makan sorang je kot..