Friday, November 07, 2008

dua 'paper' yg lepas..

salam! baru saja selesai kertas peperiksaan kedua bagi semester ini. sekadar berkongsi cerita. pertama, subjek hydraulic and pneumatic system (BMCF 4243) pada selasa lepas. secara keseluruhannya, aku boleh jawab. walaupun ada beberapa soalan yang langsung tak boleh jawab. mula-mula aku ingatkan aku je yang tak boleh jawab. rupanya hampir seluruh dewan tak tau jawab. memang lawak, sebab soalan tu markahnya cuma 2. yang markah 10-20 boleh pulak dijawab dengan mudah..ish..ish..ish


subjek kedua. sebentar tadi, heat transfer (BMCT 4143). secara jujurnya aku boleh jawab walaupun graf untuk rujukan hanya diberi setelah jam 10 pagi dan peperiksaan tamat pada jam 11 pagi. apapun, aku tetap lega sebab dah lepas 2 paper...hehe

No comments: