Friday, November 28, 2008

Hari ini...

salam..agak lama menyepi. aku baru saja menamatkan bacaan novel tulisan Faisal Tehrani, Tunggu Teduh Dulu. agak lama juga bertangguh membaca novel islamik ini kerana menguruskan hal-hal yang lebih penting dalam hidup ini. badan masih sengal-sengal. malam tadi tangan ini mengipas-ngipas arang yang membakar daging burger untuk barbeque. itu memang kebiasaan teman-taman aku disini bila semuanya dapat bergabung dalam cuti. tambahan perjalanan setiap seorang semakin berjarak dek kejauhan menuntut ilmu, maka cuti hujung tahun begini dimanfaatkan sepenuhnya. berbalik pada Tunggu Teduh Dulu. ingin sekali diri menjadi sehebat salsabila fahim mahupun teh sofia (sebijik macam nama nenek aku..hehe) ataupun saifullah. kerana apa? didada mereka sarat dengan tafsiran alquran dan hadis. menjadikan mereka insan-insan yang sentiasa berada disisi Yang Maha Esa. merekalah generasi al-quran yang dilaung-laungkan. moga aku juga menjadi seperti mereka. insan yang patuh pada ajaran agama. baik dari sudut apa sekalipun. insyaallah, moga allah sentiasa di sisi..amin.

No comments: