Monday, November 17, 2008

hujung minggu yang best!

salam..i'm home!!! hehe..sebenarnye, sepanjang hujung minggu lepas, aku berada di KL. saja menziarah kak qider..alhamdulillah, ukhwah yang terbina masih kekal. aku memulakan perjalanan seawal pagi, sabtu (15 nov 08) menempuhi berbagai-bagai halangan. terima kasih yang tak terhingga buat kak uya..memori gle beb! hehe.. aku sampai KL dalam 12.00 tengah hari. terus bergegas ke stesen putra untuk ke KLCC. buat pertama kali, aku sendirian. sampai je kat KLCC, kak qider kenalkan aku pada kawan baik dia, kak suna dan kak fiah. hebat belaka kawan-kawan kak qider ni. thank for treating me as your friend ya! selesai solat di KLCC, kami menapak pula ke jalan TAR. selesai berbelanja di sana, kami masuk SOGO pulak. dasat jugak derang ni. dah siap kak qider solat asar, kami bergerak pulang ke rumah kak qider di bandar sri permaisuri. setibanya di rumah, kami mandi dan solat. time to eat!!! keluar semula dari rumah, kali ni naik kereta kak suna. perancangannya mahu makan di sekitar tesco ampang, tapi kak suna dah salah masuk simpang. tambahan pulak, jalan sangat jem ketika itu. kami putuskan untuk makan di kawasan berdekatan dengan rumah kak qider saja. selesai makan, terus pulang ke rumah.

pagi ahad. niat pagi ni mahu ke CM (centre market). elok kami turun dari rumah, kak suna melahirkan keinginannya untuk naik kereta ke CM. kaki tengah sakit, habuan berjalan sakan semalam..hehe. kami setuju untuk naik kereta saja. lagi pun masih diawal pagi. aku sempat call pyan, tanya parking di CM. elok je dah niat nak ke kereta, sekali lagi plan di ubah. jom ke IKEA! kak qider kurang pengetahuan tentang jalan ke situ. aku pulak, memang tak biasa jalan dari rumah kak qider di tengah-tengah KL tu. selalunya, terus dari sg. buloh. memang dekat je..hehe. hasil bantuan pyan..again, and natrah..(thank ya!), kami sampai juga. setelah makan tengah hari di McD damansara damai. jauh betul makan tengah hari..hehe. kami kembali ke rumah kak qider untuk solat. aku, siap-siap untuk pulang ke melaka. kak suna, siap-siap untuk check-in kat hotel maya, KL. dia ada training di situ selama seminggu. selesai kak suna check-in, kami terus bergegas ke hentian puduraya. thank guys!!! i'm really enjoy this weekend..yeah!

No comments: