Friday, December 12, 2008

a happy life of izzwan!


seorang anak kecil bernama muhammad izzwan. usianya baru saja mencecah 2 tahun. jika soalan ini anda ajukan, "ni nama sapa?". dengan petah dia menjawab, "ni nama mad iwan.." ramai makcik2 di sini menganggarkan usianya 3 tahun apabila melihat keletahnya yang sangat lincah dan kebolehan bersembang dengan org lain. yang paling best, bila tengok org yang dia tak pernah jumpa, dia mesti tanye, "ni sapa?"..untuk kanak-kanak seumur izzwan, dia dikira sangat cerdik. nak masuk rumah, dia bagi salam. nampak org yang dia kenal, dari jauh dah angkat tangan. kalau nak makan, terus ke dapur amik pinggan pastu.."nak nasik.." izzwan juga punya daya ingatan yang kuat. pernah sekali tu, kereta kecik yang dia main tertinggal kat rumah aku. puas kami cari, tp tak jmpe. sudahnye, tnye dia elok2. "izzwan ingat tak izzwan letak mana? keta warna apa?". izzwan jawab " keta merah.." lepas tu, dia tunjuk tempat yang dia letak..kete tu teselit kat area tu jugak..tu pun kami tnye lepas 3 hari kete tu hilang. tu belum kira kebolehan main game 'need for speed' yang memang hebat. aku sentiasa berharap dan berdoa, agar kanak2 secerdik izzwan sentiasa diasuh dan dididik dengan nilai islam yang murni. moga mampu menjadi anak yang cemerlang dalam semua bidang. maka itu perlunya didikan bermula dari sekarang.

aku? suke sembang2 dengan dia..mengenalkan dia pada dunia. ada je soalan yang dia nak tanya..hehe

No comments: