Thursday, December 11, 2008

menulis..

sekadar memenuhi masa yang berbaki. sepanjang 3 hari beraya korban, makan daging je..hehe. arini mak goreng ayam je. lauk lain dah siap, dapat free time bacaan yasin sahabat imtiaz..tu nama persatuan para ibu disini. aktiviti mereka ada belajar ilmu tajwid dan taranum (some mak tnye aku, some time aku tnye mak balik..dah lama tinggal la mak, tak bape nak ingat dah..hehe), bacaan yasin dan mcm2 la aktiviti lain. aku kurang amek tau pasal jarang2 ada kat umah ni. ni salah satu sebab bagusnya stay kat taman. kalo stay kat kampung, aktiviti gini susah nak jmpe..kan? hehe.

pg aidiladha, seperti biasa, bangun solat subuh, pastu tumbang balik. pkul 7.45, kalut2 bangun iron baju ammar, mak dan sendiri. mandi sunat raye..bergegas ke masjid yang sangat dekat dengan rumah ni..belakang ni je. pastu sama-sama bertakbir, syahdu rasanye..teringat beberapa insan yang sentiasa di hati dan tiada lagi kini. selesai solat sunat raye, mendengar khutbah. eh, ramai pulak orang sibuk bangun nak balik..tu la orang kita. pas habis khutbah, salam-salam. kelihatan beberapa kumpulan warga asing yang terdiri dari pelbagai bangsa bersalaman dan perpelukan sesama mereka. syian derang, raya diperantauan! pastu terus pulang rumah.. beberapa wajah yang sangat aku gemari menghiasi ruang tv..takbir d tv9. tune ke tv yang lain pulak, tgk kalo2 ada cerita yang best. sudahnye, aku lelap je kat depan tv.

raya korban day 2: pg2 dah bangun. siap2 utk pulang ke kampung ayah di taiping. sebelum sampai umah atok, kami singgah dulu di umah kawan ayah. ada gathering team dia time sekolah dulu, umah pakcik budin. kurang pasti nama penuhnye, tp motivator yang br saja selesai program d utem..huhu. part yang best, rumah dia..Villa Perasa. sangat cantik..dengan beberapa kemudahan ala-ala hotel. ruang tamu yang hebat, ruang makan tetamu (sekelingnye kaca, nmpak ke taman di luar rumah) dan paling hebat, bilik solat lengkap dengan tempat wuduk. bukan calang-calang pnye design. aku anggarkan kos rumah tu 500K la.. yang menarik tentang pakcik budin:

  1. orang menghargai kawan. dia yang start cadang nak jmpe kwn2 yang lain.
  2. ada 2 orang bibik, tapi dia jugak la bakaq satay aritu. kuah bini dia buat. bibik dia buat bodo je kot..ahak!
  3. ada seorang anak kurang upaya (OKU), dan beri perhatian secukupnye. sikit pun tak malu nak kenalkan pada orang lain. anak dia yg OKU ni siap pakai kete picanto kaler ijau, keje kat kilang printing, dan menerima bantuan dr JKM.
pas abes gathering, kami merantau pulak ke TESCO taiping berikutan maklumat yang kami terima dari pak njang bahawa tiada siapa dirumah. dia bawak atok n opah pi hospital. medical check up.. dah abeh pusing tesco, kami terus pulang ke umah atok. smpai dirumah, macam tiada sesapa, alih2 ijat (kazen ku) bukak pintu. dia jadi penunggu..huhu. katenye malas nak ikot. selesai makan malam, pak njang sekeluarga pulang. kami mengambil alih remote control dan kerusi yang menghadap tv. tgk tv lagi..hehehe. pas abes tgk tv..sume orang tidoq..zzzzz

raya korban day 3: bgn dah x bape nak pg..iron baju, mandi, siap2. achik (adik mak) tiba di umah atok dari batu gajah. duduk minum kejap, kami terus bergerak ke kampung berchat. kampung mertua ayah long. ada kenduri korban disini. sekali kenduri sempena izzat (kazen aku jugak neh) berkhatan. selamatlah kamu ye..ehehehe. pas abes makan, dapat berkat untuk dibawa pulang. achik terus ke pekan Taiping, kami pulak terus pulang ke penang. ayah ada hal dengan kedai barunya itu..meluaskan sayap perniagaan..hehe. dah smpai umah, aku sambung tidoq..penat seh!

No comments: