Sunday, December 14, 2008

nilai sebuah musibah

telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)
(surah al-rum, ayat 41)

peristiwa tanah runtuh di bukit antarabangsa yang terjadi baru-baru ini turut terkesan pada semua rakyat di malaysia. sebenarnya, aku kurang mengambil tahu hal-hal begini. tapi dek kerana semua stesen tv melaporkan, aku jadi turut serta mahu memberi komen. malam hari raya korban kedua, ada berita yang melaporkan sorang penduduk tak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak yang memberi pertolongan. katenye, RELA dan polis tak tolong buat ape pun, duduk je kat tepi tu. ish3..memang tak makan saman la manusia tu. memalukan diri sendiri btul la. pernah ke dia fikir cuti raya orang lain kene beku pasal umah dia ada problem? tu la, dah biasa sangat senang, kene bencana pun masih lagi nak belagak, nak di layan istimewa. ingat awak tu raja ke apa? hish..raja lainlah, ada jasa untuk rakyat, kamu?

aku sendiri pernah beberapa mengikuti skuad bantuan bencana anjuran universiti. tau apa yang membezakan manusia? kita ambil contoh mangsa banjir. mereka sememangnya miskin, dan sudah biasa dengan kesusahan. maka, setiap kali musibah di sambut dengan penuh reda. pernah dengar rungutan mereka seperti 'bro' di bukit antarabangsa tu? secara jujur aku katakan, TIDAK. makanya, hidup itu MESTI ada susah dan senang. itu janji tuhan. kesusahan itu mengajar erti hidup, menambah keimanan dan ketaqwaan juga, melihat sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat tuhan.

setiap perkara yang datang ada baik dan buruknya. bagi kita yang terkecuali dari bencana, ambillah iktibar dan pengajaran daripada pengalaman orang lain agar esok-esok, kalau kena pada kita, sekurang-kurangnya, kita tau apa nak buat.

No comments: