Sunday, December 07, 2008

perutusan hari raya kurban!

kehilangan kata mahupun ayat untuk menaip. ada je mende yang aku kire kurang kena. tiba-tiba diri ini jadi so-confiused..huhu. apapun, hidup perlu diteruskan. setiap malam, aku tak boleh tidur. paling awal aku lelap 4 pg..aduhaiii, sakit2. dan sepanjang tak boleh tidur tu, aku sentiasa berfikir-fikir. what next? sesi pelajaran di universiti sudah dipenghujung. tinggal 1 sem lagi..insyaallah, mampu dihabiskan dengan tenang dan berjaya. kemudian soalan mengenai alam perkahwinan menerjah gegendang telinga buat sekian kalinya. biasalah, dah ramai kawan-kawan yang kawin. ketahuilah, jodoh tentang perkahwinan itu di tangan tuhan. setakat ini, belum ada niat mahu ke melangkah ke gerbang itu. masih banyak dugaan yang menunggu di hadapan.. to-do-list penoh kat depan ni..hehe. saya masih belum puas mengecap kejayaan..hehehe.

dulu masa sekolah, orang selalu tnye.."hang tak mau bercouple ka? tengok macam kami, ada boyfriend.." aku slalu jwb, aku tak perlukan kasih sayang mereka setakat ini. aku pnya cinta mak ayah yang sentiasa memberi perhatian. aku jugak tahu apa yang menanti di hadapan, maka itu aku berusaha secemerlang mungkin. sekarang, bila jumpa kwn2 yang bercouple ni, ada yang dah kawen, ada yang dah bercerai..lalu ayat ini sering ku dengar.."aku rasa rugi sgt tak blajaq elok2 dlu. kalo tak mesti dah msk U mcm hang.." aku hanya senyum. maka itu, hidup ini bukanlah untuk dilalui seadanya, tetapi untuk dipenuhi sewajarnya. kita yang menentukan siapa kita di hari kemudian. percayalah!

salam aidil adha buat rakan, kawan mahupun sahabat yang sentiasa berjuang dalam kehidupan. semoga setiap perkara yang hadir di dalam hidup ada pengajaran. al-fatihah juga aku sedekahkan pada rakan, kawan mahupun sahabat yang telah pergi menghadap ilahi. moga aman disana..juga buat arwah bapak (ayah angkat) yang meninggal di tanah haram pada pagi hari raya qurban beberapa tahun lalu. selamat berbahagia buat rakan, kawan dan sahabat yang akan dan telah melangsungkan perkahwinan. layarilah kehidupan dengan nilai-nilai islam. buat sahabat yang telahpun bergelar ibu, syabas dan tahniah! didiklah anak-anakmu menjadi muslimin dan muslimat yang sentiasa di jalanNya.

No comments: