Friday, January 09, 2009

aku berfikir sejenak..

aku sempat membelek-belek akhbar hari ini. selalunya kurang kesempatan. seperti yang semua orang tahu, isu utama mana-mana akhbar pun ada Palestin. semua negara mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh yahudi, laknatullah. aku juga begitu. tapi itu sajalah yang mampu kita lakukan. umat islam. mengutuk dan terus mengutuk. aku sangat berharap seluruh umat islam di dunia ini mengerti akan pentingnya menjadi kuasa besar. aku harap semangat juang yang sedang membakar ini bukan setakat menunjuk perasaan, bakar bendera saja. kita perlu bersemangat waja, berjuang menguasai ilmu, berjuang untuk menguasai dunia. sedih bila mengenangkan anak-anak muda sekarang ni malas belajar, suka berhibur yang tak tentu hala. terlebih berhibur menyebabkan kita lalai dan jadi lemah. tak pecaya? fikir dan renungkan..jangan cepat melatah. jangan serbu tembok tak pakai helmet!

selak-selak ke halaman akhbar yang berikutnya. isu hukum hudud! tak habis-habis. perlu ke hukum hudud dilakukan oleh pas? kenapa tak kerajaan sekarang? pas je ke yang islam..(ni sekadar komen aku sendiri ek..) dulu aku penah dengar orang cerita, ada 1 orang ni..dia kata kalo laksanakan hudud, habis semua orang kudung, pasal mencuri hukumnye potong tangan. eh, takkan la semua orang kat malaysia ni mencuri..kan? ni dah terang-terang menghina hukum allah. so, jaga-jaga bila kita nak cakap. kalau kita bukan 'ahli' dalam bidang tu, tak payah la komen banyak-banyak. takut tersalah..salah tak pe lagi, kalau dosa? sendiri tanggung la ek..

lepas ni, cadang nak mengadap i-robot. cite base on 2035 masehi. jom tengok..aku penah tengok dah sebelum ni. banyak pengajaran yang boleh kita dapat. pokoknya..cari. pasti jumpa..=B

No comments: