Saturday, February 28, 2009

my mind was stop thinking


salam..setelah betapa lamanye otak aku tak henti2 berfikir, hari ni, seharian..my mind was stop thinking. tau nape? sebab sangat penat..aku wat lab dr pg semalam..dan berakhir jam 6.30 ptg td. yg bekerja hanya tangan yg setia, terus mengambil dan mencatat bacaan. serta kaki yang ku gagahkan melangkah dan terus melangkah. meski hati dan perasaan dikuasai emosi yang amat sangat.

segalanya nampak buruk dipandangan aku. hampir semua tingkah jadi sumbang. makin menyampah aku dengan seorang manusia ini. sangat tidak faham bahasa. aku selalunya bersabar, dan terus bersabar. tapi, kesabaran ada hadnya. sampai masa, terungkit jua jasa2 aku..lantas pahala ikhlas yang selama ini diberi, ditarik balik. susah sangat ke nak mengerti perasaan orang lain? kalo buah hati tu, pandai la sangat menjaga hati..dah macam suami isteri lagaknye.

kata seorang teman satu ketika dulu, aku ni baik sangat. ayah aku pun penah cakap gitu. dan hari ini, aku mengerti. bahawa tak setiap kebaikan akan dibalas. ada yang sekadar 'melukut ditepi gantang'..sibuk menadah tangan utk mendapat kepentingan. aku ni apa? badan kebajikan? kot ye pon badan kebajikan, khas utk mereka yang perlu diberi perhatian. kamu? alah..kamu punya kasih sayang yang lebih. sampai boleh bagi kasih sayang pada buah hati tersayang. tak kan tak boleh nk sayang diri sendiri..

kejayaan itu bukan utk dikongsi..ia adalah usaha kita sendiri. jadi, tak payah la nak sibuk2 menempek kalo dah tak sama2 sibuk dulu. eh, kamu..tolonglah buktikan orang yang dibius cinta mampu berdikari dan berfikir waras. hidup perlu berdikari, kalo tak kita tertinggal dibelakang.. kalo tak boleh buktikan, jadilah solo macam aku. berjaya dan terus berjaya..insyaallah.

psstt....wat cik natt..sori la tak respon tag2 u..sy sgt takde masa. sume keje dah booking la. nnti kalo dah telebih masa, i jwb ek..

No comments: