Saturday, February 07, 2009

ya allah, selamatkan kami..

sebentar tadi saya menonton Majalah 3, khas dari bumi Gaza. air mata tak tertahan lagi lantas bertakung di bawah kelopak mata. hati jadi sebak, pilu. secara perlahan dan bersendirian. kejadian yang menimpa penduduk palestin cukup mengguris perasaan. itu kejadian yang menimpa saudara seagama saya.

sekurang-kurangnya saya mampu melahirkan rasa sedih melihat keadaan saudara-saudara saya selain saban hari berdoa agar Allah selamatkan mereka. agar Allah sudi mendengar dan memperkenan doa-doa kita, muslim. agar umat islam bangkit dan menjadi kuasa dunia. agar ilmu yang sedang saya tuntut kini berguna untuk umat islam seluruhnya.

saya juga turut memboikot produk keluaran israel terutamanya fast food. ada gantinya dengan produk islam di sini. barangan yang tiada gantinya dengan produk islam, saya tak boleh nak boikot. ada rakan saya yang sibuk ikut perhimpunan aman tempoh hari. semangat tu bagus. bakar bendera, bakar patung. terbakar sangat lah tu. tapi bila makan, bukan takat berdiri, siap berjalan lagi. patut ke? tak kurang juga yang kata "tak de maknanya nak boikot-boikot". mungkin mereka bukan pemangkin ekonomi islam. lantaklah kamu. saya masih mahu mantapkan ekonomi islam, walaupun saya bukan di bidang itu. tapi saya punya kuasa membeli. saya tak mahu jadi 'buih' yang pernah disebut Rasulullah.

Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban radhi allahu anhu, bahawa Rasullullah salla allahu alayhi wassallam bersabda, dengan mafhumnya:

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda s.a.w.:

“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah s.a.w.:

“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Hadis ini diriwayatkan pada 1400 tahun dahulu dan kini benarlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w. Umat Islam kini ditindas dan semakin lemah, dihinggapi penyakit al-Wahn. Seperti keadaan dimana orang kafir telah menindas mereka “bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama”. Golongan Islam Liberal juga tidak terkecuali daripada fenomena ini, mereka juga telah “makan” bersama-sama untuk menghancurkan umat Islam dari dalam.

No comments: