Friday, March 13, 2009

kerjaya: antara glamor dan sumbangan

"semalam 1 canadian called saya", kata en razali memulakan cerita. semua mata student tertumpu padanya. yang mengantuk, segar tiba-tiba. "dia ni org Scomi. dia nak saya design sesuatu utk projek baru mereka di dubai. saya sebutlah harganya.. make it twice kate canadian ni. saya terkejut. setelah berbual lame, katenye dia suka bekerja dengan saya. dulu saya pernah design monorel utk mereka." kata-kata en razali sedikit membakar semangat. ini antara contoh mereka yang sememangnya mantap. en razali merupakan pensyarah (rekebentuk dan inovasi) di UTeM.

sepanjang perjalanan ke rumah, aku terfikir-fikir. tak penat ke en razali tu? kerjanya sana sini. rumahnya di Puchong, kerjanya di melaka. dia pensyarah, dalam masa yang sama design engineer utk beberapa projek luar. terdiam seketika. aku rasa inilah hakikat hidup seorang jurutera. kerjanya dibelakang tabir. sebuah kereta melibatkan ramai jurutera utk disiapkan. namun, apakah jurutera itu 'femes'? pernah anda tahu siapa jurutera yang bertanggungjawab merekabentuk kereta anda?

kita ambil contoh guru sekolah pula. jika anda score sesuatu subjek, pada siapa anda berterima kasih? kompom, cikgu. apakah sumbangan guru terhadap masyarakat? aku yakin, semua orang boleh jawab..'femes' kah kerjaya seorang guru? hurm..sampai pencen pn org panggil..'cikgu..'

kalau seorang artis? 'femes'? uishhh..glamor tuu. sumbangan? aku hampir tidak pasti apakah sumbangan mereka. 'sumbang' tu banyak la. tp inilah kerjaya yang paling menguntungkan dan hampir semua masyarakat suka. orang boleh jadi 'gila' kerana artis. kan? golongan ini jugalah yang banyak diberi penghargaan oleh semua lapisan masyarakat.

aku memilih cita-cita sebagai jurutera kerana sumbangannya pada masyarakat. anda tak faham kenapa? sebab anda belum berada di dalam bidang ini. walaupun, sibuknya bukan main. penatnya badan, letihnya otak berfikir. Air cond yang anda gunakan, direkabentuk untuk keselesaan. handphone yang anda guna direka utk kesenangan dan kemudahan. kapal terbang dicipta utk memendekkan masa perjalanan. terbaru, tenaga direka utk meminimumkan pencemaran alam sekitar. jadi, tidak hairanlah kalau satu ketika nanti seluruh dunia bergantung pada tenaga matahari dan angin utk kegunaan elektrik.

pssttt..biar badan sakit berbuat jasa, dari sakit sebab duduk saja.

No comments: