Thursday, March 12, 2009

pertelingkahan kecil kelmarin

Friends forever..ayat itu selalu ku dengar. kesannya, hari ini, ayat sekadar ayat..tiada makna. seolah-olah ayat yang wajib dikeluarkan apabila kita berkawan. aku punyai beberapa kawan yang hari ini, hubungan kami sekadar kenalan. aku pun kurang pasti apa yang berlaku sebenarnya. adakah kerana perbezaan status hidup, pendidikan, atau kesibukan kerja yang menjarakkan kami.

kata agama, hubungan sahabat perlu dipelihara..aku sentiasa mencuba, memelihara setiap ukhwah yang telah terjalin. namun, adakalanya ukhwah itu terputus jua. perbualan yang dulunya penuh gelak tawa, hari ini sunyi. kalau dulu SMS pengganti suara, bertanya khabar dan meluahkan rasa, hari ini, SMS sekadar memberi tahu, itupun lebih kepada 'tidak perlu dibalas'.

hanya kerana pertelingkahan kecil kelmarin. yang tiada langsung kesannya dalam diri mahupun hati aku. walaupun terasa hati, aku cuba menjadi professional. aku bukan jenis yang emosi tak ketahuan pasal. tapi, persahabatan itu tetap jauh. lantaran pihak sana yang terus menarik diri keluar dari daerah ini.

maka aku kini mengamalkan sikap 'angguk' saja. biarlah mereka terus menari dengan irama yang diciptakan sendiri. selagi tidak melanggar hukum agama, walaupun adakalanya melanggar hak asasi manusia. maafkan aku andai tak pernah menegur atau menyuarakan pendapat terhadap kawan-kawan. aku tak mahu 'pertelingkahan kecil' itu berulang.

1 comment:

kaynahana said...

iye..'pertelingkahan kecil'..
kdg2 semakin kite rapat..
semakin kite xtahu mcm mna nk menegur..
huhu..
ironinye perhubungan manusia...