Tuesday, April 21, 2009

jadilah manusia yang tahu bersyukur

berkatilah setiap semangat jiwa untuk selalu berjuang di jalan mu
terjagalah hati yang kadang redup tertiup angin duniawi
gemerlap kilauan harta, takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan selamanya..


faham apa itu syukur? syukur adalah perkataan bahasa arab..syukran! bahasa melayunya adalah terima kasih. in english we called as 'thanks', dalam bahasa jepunnye 'arigato', bahasa cine pulak 'to che..' (kurang pasti ejaan dan dialek mane..) syukur bkn hanya pada allah, yg menjadikan siapa kita hari ini..kita harus bersyukur juga pada insan2 yg sentiasa berjasa pada kita..siapa? ibu ayah..dengan restu mereka, kita jadi 'orang' hari ini..alhamdulillah. kawan2..dengan mereka, kita hidup senang sekarang ni..

kita perlu berterima kasih..dan tahulah mengenang budi..bukan minta di balas, tetapi tunjukkanlah sikap yang sopan..bukan macam nak gaduh dan bertumbuk. mengapa perlu terlalu kedekut? sedangkan kita pun dapat hasil pemberian orang? mengapa perlu terlalu berkira? sedangkan orang di sekeliling kita langsung tak berkira?retilah bertimbang rasa..fahamilah hidup ini suatu perkongsian. dalam harta orang, ada harta kita..dalam harta kita, ada harta orang fahamilah hidup jadi indah kalau hati ikhlas melakukan sesuatu perkara secara suka rela..fahamilah setiap kejayaaan tidak diukur pada bagusnya 'pointer' setiap peperiksaan, tapi berkatnya usaha dan redha dari tuhan. kerana hidup kita bukanlah untuk menjadi pelajar yang perlu mengambil peperiksaan setiap semester, tapi pelajar yang akan setiasa diuji tanpa kita sedari..

No comments: