Sunday, April 26, 2009

Jalan Pulang

di sepertiga malam
terimbau kisah lama di sudut mata hati
terlintas segala noda-noda yang lalu bagai laut tak bertepi
takut mencengkam diri di mana jalan kembali

cinta ku pada mu
walau jauh tersimpang
terkandas tetap ku mencari cintamu padaku
tunjukkanlah jalan pulang
lebarkan lembayung rahmatmu dengan cahaya iman mu oh tuhan

ya allah ya tuhan ku
bagaimana harus ku tebus dosa-dosa ku
tak sanggup aku menjadi daun kering ditiup angin
di padang mahsyar mu oh tuhan

ya allah ya tuhan ku
sucikanlah titik hitam di dalam jiwa ku
tak sanggup aku menjadi daun kering ditiup angin
di padang mahsyar mu oh tuhan

taubat ku..terima taubat ku
ampuni dosaku
agar dapat ku mencari jalan pulang

satu lagi siri menginsafkan diri..hehe. lagu ni sgt touching sebenarnye..full of filling lah kirenye..tahniah pada syifa' dan saujana. aku suka mendengar lagu ini dikala rasa diri tidak tenang dengan segala pancaroba dunia..sekadar peringatan buat diri sendiri dan diri mereka2 yang sedang membaca blog ku ini..moga ada sedikit rasa insaf..ok la kan? dr tak rasa langsung..hehe. and another song yg aku pilih adalah 'rahmat ujian by mestica'..lagu yang sentiasa menyebabkan aku rasa tenang dikala emosi tak tenteram..btul la tu..allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan..hehe. tapi tetap tidak lupa..al-Quran kareem yg sentiasa dimuliakan..ya allah, tetapkan iman ku ini hanya padamu..

selalu juga diri ini ditegur oleh sahabat2 yg prihatin..terima kasih. tapi paling kurang teguran ku ini diambil peringatan..tau kenapa? sebab kita nampak kerdil di mata mereka..dan perlu juga aku ingatkan, sebelum boleh menegur orang, eloklah perbaiki diri sendiri..sebab zaman sekarang ni, mmg org akan tengok siapa kita utk menegur mereka..namun aku tetap mengambil pendekatan imam2 yg empat itu..bahawa teguran itu ada gunanya walaupun daripada seorang kanak-kanak.

No comments: