Sunday, April 05, 2009

jus another story..

salam..

hari-hari yang aku lalui kini sentiasa ceria. ceria sebab tak nak stress. ceria sebab mahu gemilang. ceria sebab mahu luar biasa bagus dan hebat sekali. meski hidup makin getir, akan tetap aku lalui dengan selamba..hehehe.

hari ini aku mahu bercerita sedikit mengenai kemahiran yang perlu ada bagi seorang yang belajar dan sentiasa berada dalam bidang sains. namanya kemahiran penaakulan. pernah dengar? kalau anda seorang pelajar sains, aku yakin anda tahu. (kalau tak tahu, maknanya anda selalu tidur dalam kelas..). penaakulan adalah satu kemahiran yang memerlukan anda membuat kesimpulan berdasarkan keadaan dengan secara logik sekali. dan aku kira, sehingga hari ini, aku mengamalkan kemahiran ini dalam kehidupan seharian. tapi itulah kehidupan, kadang kala tiada logika..tapi kena percaya..kan?

malam tadi, cik natt dah tertanya-tanya akan status YM salah seorang rakan kami. 'PETIK BINTANG BIAR SAMPAI DAPAT!'..susah jugak menaakul ayat itu. mungkin ada kena mengena dengan komen aku di Facebook, mungkin juga tidak. mungkin hanya kebetulan yang selalunya dibetulkan. cuma aku kurang faham, apa kena dengan kamu? tapi kesimpulan yang dapat aku buat, jangan cuba-cuba 'tegur' kamu lagi..kang tiba-tiba log out. tak senang mungkin, ditegur sama kawan lama. kawan lama la katakan..takpe-takpe, lalui hidup dengan selamba. kalau orang tak layan, kita pun janganlah minta dilayan..kan senang.

1 comment:

ms Natrah said...

penaakulan mantik!