Saturday, May 09, 2009

Ironinya hidup kita

Salam..agak lama aku tak meng-update cerita di sini. Sebenarnya diri ini agak ketandusan idea untuk menulis lantaran 'kesibukan' aku setelah bergelar 'full time gamer' buat masa ini. Dalam kebosanan yang amat sangat aku disini, telah tuhan takdirkan sesuatu yang sentiasa buat diri ini tersenyum dan gembira meski aku sedikit tidak sihat lantaran terdapat ulser di dalam mulut! Petang khamis, aku dapat msg dari seseorang yang sangat aku ambil peduli. Dia memberitahu aku bahawa dia punyai tugas di Melaka. Kebetulan, tempat tugasan tersebut sangat berhampiran dengan rumah aku. Hehehe..gembiranya aku..sebenarnya aku rindu sangat nak tengok dia 'live' di depan mata..hehehe..(nak kena lempang dilla ni..kui3). Niat di hati memang nak turun jumpe dia, tapi disebabkan dia ada meeting malam tu, aku pun wat tatau je la..esok, lusa, tulat masih ada..hehehehe.


Jumaat (8 mei 2009)

Aku bangun pagi dalam pukul 11 gitu..ni bukan kes terlajak tidur ye. Aku memang niat nak bangun lewat sebab dah tatau nak buat apa kat umah ni. Sape pun tiada d umah, aku je yang tinggal. Siap2 mandi, aku ngadap game lagi..pastu kak uya pulang, membawa berita sedih dari pusat latihan memandu. Dia amek test memandu arini. Eh, korang paham la kan kalo 'berita sedih' bila kita abes p amek test memandu..huhuhu. Dia pun tarus memasak..lapo sangat dah katenye. Setelah setel kitorg makan, aku da tatau nak buat ape. Cam ada bagusnye jugak aku kuar..tapi ngan sape? Pk, punya pk…maka aku pun ajak la kayna temankan aku ke Mydin Mall. Kat umah yang tinggal hanya aku, catt time tu ada hal di DT, uya ada hal ngan kawannye yang ramai tu..uhhuhu. Maka berjumpalah kami (aku dan kawan ku itu)..sempat bertanya khabar saja..dia sibuk bertugas. Dan aku memang tiada niat untuk mengganggu tugasnya. Jadi aku dan kayna lepak2 saja di depan stage yang ada, sambil mata melihat..seindah pandangan mata..hik3. hurm..tak banyak yang berubah, tapi badan sudah sedikit berisi daripada sebelum ini..yang lain2, masih sama. Eh, u tukar spec baru kan? Ehehehe..ni la kali pertama aku tengok kawan aku ni buat kerja. Before this, tak pernah langsung..ada datang wat show kat UTeM, tapi time tu aku jadi pengarah program..tengok dari tepi je la. Bila la nak dapat tengok di depan pentas..huhu.


Sebelah malamnya pulak, aku n catt kuar p makan kat Mydin Mall tu..try nasi kandar baru kat situ..sedap jugak, bleh tahan la bestnye. Hai..rindu nak makan nasi kandar kat penang tu.. kitorg makan sambil menyaksikan persembahan 'live vocal' dari kumpulan UNIC. Wahhh..cam makan bukak pose kat hotel tu..hihihi. best persembahan derang. Aku tertarik juga pada lagu baru derang. Kalo ada kelapangan duit, akan ku beli..kalo tak, tggu new full album aje lah ye.


Ironinya hidup ini..


ada masa kita marah sangat pada orang, ada masa sakit hati sangat dengan orang, ada masa kita rasa kita bahagia sangat dan ada masa kita rasa seronok sangat. Bila kita meletakkan kepercayaan kita pada seseorang, kita tidak kekok untuk meminta maaf setelah kita bersalah terhadapnya. Dan kita juga tidak kekok untuk memberi maaf dan cuba memahami disebalik sesuatu perkara yang terjadi. Juga kita tidak kekok untuk terus memberi semangat kepada mereka setelah mereka hampir 'patah' di medan perjuangan. Maka semua ini menjadikan hidup kita lebih berwarna dan bermakna. Dan setelah beberapa lama kita ikhlas merindu seseorang, allah hantar khabar gembira buat kita dengan cara yang tidak disangka-sangka. Moga aku mampu terus tersenyum di hari-hari mendatang walau apa pun dugaannya.

No comments: