Wednesday, August 22, 2012

Salam Eid Mubarak 1433H

Salam Aidilfitri buat semua pembaca yg setia atau yg sengaja lalu lalang. Gambar diatas adalah berkaitan dengan air zamzam. Cousin sy bekerja di tabung haji dan kebetulan dia ada sahabat di tanah arab. Maka, agak mudah untuk sy mendapatkan bekalan air zamzam ini. Org kata air zamzam ni banyak kebaikannye..just niat before minum, insyaallah..kena pada hajat dan cara kita usaha, termakbul hajat. 

Berkenaan ramadan kali ini, sy rasa sangat sedikit benda yg sy lakukan..sungguh, sangat terasa membazir masa dan peluang yg ada. Tapi hidup perlu diteruskan..kan??? So, next target nak join qurban plak. Buat kat area rumah ni je..lepas tu kumpul duit nak p umrah..Insyaallah. Sy mahu jadi muslimah yg berjaya dunia dan akhirat. Moden dan berfikiran positif tapi tetap berpegang pada ajaran agama.

Sebentar tadi kawan lama (lebih kepada seorang kakak sy kira) datang beraya. Tahun lepas dia baru saja menunaikan haji. Masih muda..orangnya lasak tapi seorang ibu kepada dua orang anak. Bulan september ini bakal ke Bandung, Indonesia menyambung pengajian peringkat master selama 3 tahun. Cemburunye sy.. Sy tak pasti giliran sy bila, tp sy sgt berharap dapat ke negara lain utk melihat alam ciptaan allah ini.

Bisik-bisik: On the way pulang beraya tempoh hari, teringat sahabat handai semasa di utem dan GEMS. rindunye zaman sibuk-tak-ingat-masa satu ketika dulu. We sleep less and work very hard. Tahniah kepada semua kerana kita hari ini adalah insan yg bekerja keras utk kesenangan org lain. Why? 'Trust me because I am an engineer'.

Salam Aidilfitri.
4 Syawal 1433

No comments: