Thursday, April 18, 2013

Secebis kisah..

Assalamualaikum buat sesiapa pun yg sedang membaca blog ini ketika ini. Sy doakan anda sihat dan sejahtera, Insyaallah. Sekadar renungan untuk dikongsi bersama. Suatu ketika dahulu, ketika masih di bangku sekolah..sy pernah berniat mahu mendapatkan pekerjaan yg bagus agar mendapat gaji yg lumayan..boleh bayar zakat banyak2. Alhamdulillah, dengan izin Allah sy bekerja dgn gaji yg boleh dikatakan 'besar'. Namun dek kerana dpt pegang duit sendiri sy jd leka. Urusan zakat dilambat2kan..alasan saya mudah, sibuk kerja dan tiada masa. Namun, sy kira Allah msih sygkan sy..2 bulan lepas, kereta sy kemalangan. Repair cost, claim insurans..upah tow 400. Skali congak, lebih kurang same  dengan nilai zakat yg perlu sy bayar tahun sebelum ini. Sy bersyukur disebabkan kemalangan itu, sy dapat cuti 2 hari..masa yg cukup untuk selesaikan urusan zakat yg tertangguh. Alhamdulillah, zakat sy bayar melalui potongan gaji sama seperti bayaran balik PTPTN. Sy berdoa agar Allah mudahkan urusan bayaran balik setiap hutang yg sy buat. Sy yakin janji Allah, org yg menginfakkan hartanya di jalan Allah akan beroleh rezeki yg berkat dan TIDAK MISKIN. Moga kisah ini jadi panduan buat anda yg membaca.

#let'spayzakat #proudbeingmuslim

3 comments:

John Lepsky said...

Nice

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

Alhamdulillah....Allah menguji dan awk dah sedar. Semoga saya diberi rezeki yang lebih untuk diberi rezeki kepada org lain. Insyaallah...

ninakona said...

Syukur...