Sunday, July 07, 2013

Korea Visit: Day 5

09 June 2013; 0700: Seisi rumah sudah siap sedia untuk perjalanan jauh ke Seoraksan National Park. Seoraksan ni letaknye di Sokcho, jauh dr Seoul. 0730 kami memulakan perjalanan ke sana dengan menaiki subway dr Itaewon. Sampai di terminal bus express..ijam carikan tiket. Kalau nak tau, terminal bas kat sini asing antara intercity route dan express route. So, sesat jugak la mencari terminal bus..rupa2nye bangunan lagi satu.

0900: Bas yg dimaksudkan tiba di gate yg ditetapkan..sekali driver keluar..wow! Sy bisik di telinga kak ina..kapten kot!! Ya..pemandu bas di sini pangkat kapten..sebijik uniform pilot. Cume xde lambang sayap..hehe. Kerusi dalam bas ni mmg sedap la..boleh tido lame..perjalanan bakal mengambil masa 2 jam lebih kurang. Perjalanan dimulakan dengan bismillah dan doa naik kenderaan. Lepas menikmati pemandangan indah di bandar seoul, naik highway..gunung ganang dengan bunga2 kecik warna kuning menghiasi jalan..then, lelap!!!

1100: kami tiba di sokcho. Cuaca..matahari nampak terang, tp sejuk..kat dalam terminal ada aircond, tp kat luar sejuk lagi..hehe. kesian jugak kt org lain sbb malam td tgk ramalan cuaca suhu sekitar 29degree..tp itu di seoul. Di sini mmg kawasan sejuk.dekat dengan laut dekat dengan gunung. Kami seterusnya menaiki taxi untuk sampai ke Seoraksan National Park.


Untuk sampai ke puncak Seoraksan, kita ada 2 pilihan. Pertama: hiking. Kedua: naik cable car. Memandangkan kami semua ni tak pernah hiking, maka semua setuju untuk naik cable car..kami tiba di stesen cable car ni dalam jam 1200. Boarding time adalah jam 1315. Huhuhu..sangat lame lagi. So, sementara menunggu, kami posing sana sini. Berjalan-jalan di luar stesen sambil menikmati udara segar lagi bersih. Terasa sedapnye kulit..patut la org sini kulitnye cantik-cantik. 


Faktor udara bersih, selain kurang makan makanan berminyak dan minum minuman bergula. Anda pun, kalau duduk di sini dalam seminggu, boleh rasa kulit jd sihat dan tak minyak. Badan pun rasa ringan dan kurang lenguh pada hal jalan kaki naik turun bukit.



1400 lebih kurang, kami tiba di atas gunung. First, cari tempat untuk duduk dan makan! Hari ni menu kami ialah nasi goreng dan telur goreng mata. Ahkirnya dapat jugak makan makanan Malaysia.. dimasak sendiri oleh student Malaysia di sini. Di Seoraksan ni takde makanan halal sebab tu kene bawak makanan sendiri. Selesai makan, kami terus mendaki ke puncak..panjang jugak perjalanannye.

Saya sedikit teruja untuk terus sampai ke puncak. Orang lain dah surrender sebab kasut yg dipakai kurang sesuai untuk sampai ke puncak. Saya, kak Ita dan Ijam (guider) saja yang sudah separuh jalan ke puncak. Sampai di final stage sebelum sampai ke puncak, kak Ita dah tak larat..risau jugak apa2 jadi. Ijam pulak macam tak turun balik. Saya nak naik sampai puncak! Akhirnya Kak Ita tunggu kami di bawah, saya dan Ijam naik sampai ke puncak. Di atas puncak, kebanyakkan orang tua Korea yang sampai. Sebelum turun, pakcik2 ni ajak bergambar sekali. Will miss that moment!!!
Medal ni hanya dijual di puncak. Mula2 macam tak mau beli. Lepas dah hirup udara segar kat puncak tu, teringat kata-kata Kak Milah. "Dalila ada beli tak untuk diri sendiri? Nanti tengok2 shopping utk orang ja.." Betul jugak kan? Since this was an achievement, saya belilah jugak. Sekurang2nya kenangan saya berada di puncak Seoraksan!
Thanks to Ijam jugak yang sudi teman kakak ko ni sampai ke puncak. Kalo tak, mungkin jugak tak sampai..hehe. 

Sekitar jam 1500, kami berehat sambil menikmati udara segar dan berkabus di sekitar kawasan puncak. Ya Allah, indah sungguh ciptaan Mu. Berkali-kali Alhamdulillah kami ucapkan sebab Allah izin kami sampai ke sini dan saya sampai ke puncak!

1600: Kami bersiap sedia untuk turun ke stesen cable car. Sampai di situ, posing lagi..hehe. Saya dan Aimi (anak Kak Nor) ambil kesempatan makan aiskrim di dalam kesejukan. Best!! Lepas ni boleh buat lagi..hehe.
Kemudian, kami turun dan sambung ber-posing di bawah pulak. 
Puncak Seoraksan yang saya 'tawan' tadi..=B
1430: Semua sudah bersedia untuk meninggalkan Seoraksan. Tapi kitorg (saya, kak ita, kak nor n aimi) masih sibuk mencari angle menarik untuk di-capture. Ini salah satu hasil keje anak didik saya..sampai nak meniarap dah waktu nak capture gambar ni. Nway, good job kak Ita. Lebih kurang jam 1700, kami meninggalkan Seoraksan dengan harapan akan ke sini lagi di lain masa. Tiba di Dongbu Express Station, tiket pulang ke Seoul kami jam 1840. Haa..letihnya menunggu. Setengah dari kami ketiduran dek kerana penat mendaki dan berposing. Saya pada mulanya hanya menonton tv.

Bangunan sekitar Dongbu Express
Naik letih duduk, saya dan Aimi berjalan2 di kawasan sekitar. Kami mencari sesuatu di kedai serbaneka berhampiran. Siap membeli kami pulang semula ke stesen. Kak Ita pulak ajak saya duduk di luar. jom! kat luar ada bench, jadi bolehlah tegakkan kaki dan luruskan badan. Tapi kejap je tahan sebab udara sekitar sangat sejuk. Agaknye kalau musim lain, memang kene pakai baju sejuk yang ada bulu-bulu tu..hehe.

1900: Bas untuk ke Seoul bergerak meninggalkan Dongbu Station. Menariknya perjalanan kami ni, bas yang kami naiki 80% adalah pelancong luar negara. Ada yang dari Australia, Malaysia dan UK kot. Jam di tangan melewati 2100 dan kami masih di atas highway. Jalan jem teruk..macam nak balik KL dari utara masa musim raya. Hati mula risau..pukul berapa nak sampai ni..

2230: kami turun di hentian Gangnam..bergegas terus ke subway. Kali ni semua orang jalan laju. Dah tak rasa sakit kaki ke letih ke..risau tak sempat kejar train. Alhamdulillah, subway line ke Itaewon jam 2300 telah kami naiki. Kali ni kami akan turun sendiri. Takut Ijam tak sempat sampai rumah sebab ini dah dikira last train. Sampai di Itaewon stop, saya dan aimi di depan..jadi guider jap! bye-bye Ijam..Kami tiba di rumah around 0010. Sampai rumah terus mandi, makan dan tidur.


2 comments:

noly anna said...

waa bestnye g korea~hehe kalau lepas ni nk g free trip ke aussie jenguk blog noly ye:)

Dalila Nizam said...

ehehe..mcm tau2 je ada niat nak ke sane..