Sunday, July 21, 2013

Korea Visit: Day 6

10 June 2013; 0515: Aiyakk!!! Hari ni terjaga lambat..dekat nak abis subuh da..cepat2. Jam 0600 baru p mandi. Hari ni kami akan bergerak awal..asalnya Haikal (guider) kata nak gerak jam 0930, semua mintak cepatkan sikit sebab fobia lewat dan org yang sangat ramai. Jadinya, jam 0900 pagi, Haikal dah sampai bersama-sama sarapan pagi..susu dadih dan onigiri.

0915: Kami memulakan perjalanan ke destinasi terahkir cuti-cuti Korea iaitu Lotte World. Perjalanan hari ni bermula dari subway noksapyong. stesen ni lebih dekat dari rumah yg kami tinggal. Bagus jugak ikut stesen ni sebab tak berapa ada orang mungkin sebab sedikit jauh dari main point Itaewon.

1100: Kami sampai di Lotte World. Sebelum masuk bersuka ria, kita makan dulu. Kami makan di Lotte Ria. Menu, burger udang set. Selain burger, ada kentang goreng dan minuman Coke kalau tak silap. Restoran ni macam KFC jugak. Bezanya, sampah kene angkat sendiri dan asingkan sendiri.

1200: Tiket kami adalah All-day pass. Kebanyakkan tempat boleh masuk. Disebabkan masing2 sebuk nak bergambar dan main, kami separate. Saya, aimi dan kak nor 1 team. Kak ita, kak ina, kak milah, kak nomah n kak shima 1 team. Haikal tinggal kat luar..dia x masuk. Janji, jam 1800 kita gather dekat depan kaunter ni ye.

Taman rama-rama pun ada.
Bunga segar yang ditanama di dalam bangunan!
Hurm..sebenarnya saya sendiri tak pernah pergi ke mana2 theme park kat Malaysia ni. So, this is my very first time! Saya cuma fikir tentang 'fear factor' jika anda memberi alasan untuk tidak mencuba. Mujur Aimi dok bagi beberapa tips supaya tak mabuk or muntah.

To magic castle..extreme park.
Saya dan Aimi banyak cuba mainan extreme. Dari jenis yg berhayun sane sini, gyrodrop (indahnye pandangan dari atas tp mata pejam rapat waktu sudden drop) sampai la ke kenderaan ala2 roller coster. Turun je yg ala2 roller coster tu, terus jam! saya sakit leher, Aimi pulak sakit pergelangan tangan. haa..hamek kau! Memang seronok tapi badan jadi penat. Maklum, semalam dah mendaki, hari ni berayun sane sini. Ha, time saya pergi toilet, saya tertinggal all-day pass saya. Then, bila patah balik, dah takde. Nak cari cleaner, takde la pulak. So, tawakkal je la lepas ni. Saya sedikit runsing sebab pass tu, namun terfikir mungkin Allah nak limitkan apa yang saya boleh main disini. risau jugak kalau terlebih main.
Garden stage..boleh rest sambil nonton theater musical gitu..


1730: Disebabkan terlalu kuat menjerit, kami terasa tekak memerlukan air. Jenuh pusing satu Lotte World ni, air mineral dia jenama Avian je yg ada. Harga 2000won (lebih kurang RM6) sedangkan kat kedai luar yg jual jenama bukan avian harganya baru 900won. Lastly, kami decided untuk keluar awal. Kami lepak di Lotte Ria. Tengah minum, nampak Haikal lalu..kami ajak dia duduk dengan kami sementara tunggu yang lain. 

1800: Kami bergerak pulang ke Itaewon. Stesen terakhir kami ialah Noksapyong. Setengah dari kami terus pulang ke rumah. Kami yang setengah lagi ni, berjalan ke kedai Nature Republic di pekan Itaewon ni bagi menghabiskan duit. Sempat jugak saya dan Aimi merasa ais krim turki..alah yang macam dalam filem 'Istanbul Aku Datang' tu..


1900: Kami tiba di rumah. Malam ni bakal bersiap2 untuk pulang. Seronok nak balik Malaysia, tapi akan terus merindu tempat yg indah ini. Lepas siap mandi, semua orang packing bag..pakat2 la tolong sesame sendiri. Beg saya boleh tahan berat, risau jugak sebab balik pun tak ambil luggage. Tapi nak buat macam mana, pandai2 lah nak hidup kan..hehe. Saya terima mesej dari Nasihah, ucapan terima kasih dan mintak halal kot ada terkurang..kakak pun sama ye dik. Mohon halal dan terima kasih banyak sebab tolong kami. Akak sure promote team korang when I back to Malaysia. Jumbo taxi akan pick up kami jam 0530 pagi esok! Selesai urusan, jom tidur!!!

1 comment:

.:fyzz:. said...

Korea sngt cantik...I love it