Sunday, July 21, 2013

Korea Visit : Day 7

11 June 2013; 0330: Sudah bangun dari tidur. Pagi ni kena siap awal. Taxi akan ambil kami jam 0530. Pagi tu saya mandi dengan air sejuk. Kenapa? Sebab nanti balik Malaysia kan panas..mana nak dapat dah peluang mandi dengan air sejuk macam ni. Dah siap semua, kami juz makan roti yang berbaki.. Itu pun tak berani nak makan banyak2. Biarlah perut kosong sampai berlepas, dalam flight nanti boleh makan. 

0500: Taxi dah sampai! Cepat la pulak uncle ni datang..katenye dia keluar awal sikit sebab selalunya orang yang tunggu dia..lagi pun hari ni kan hari bekerja..takut sesak pulak. Lebih kurang 0515, kami bergerak meninggalkan bandar Itaewon. Ya Allah, sampaikan aku ke sini  lagi..hehe. Nak sangat tengok tempat ni dalam musim yg lain pulak. Will always miss this place. Bila duduk negara orang, baru rasa ukhwah yang dibina walau pun sekejap saja..moga ukhwah kita berkekalan ye adik2.

Ja ne Seoul..sayonara!
0630: Kami tiba di Incheon International Airport. Kat sini semua dokumen akan disemak oleh kakitangan Incheon airport. Semua kene buat document check di kaunter. Kaunter pulak hanya akan beroperasi pada jam 0700. Kami pun mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Tapi dalam hati sedikit risau..beg mungkin terlebih berat. Disebabkan tak semua yang ada luggage, maka setengah tunggu hand carry item. Setengah lagi tolong selesaikan document check-in. Rupa2nya kat sini semua boarding pass akan ditukar. Dia pakai kad macam MAS jugak, bukannye macam flight datang, pakai printing paper je. Alhamdillah, semua urusan berjalan lancar..selesai immigration check-out, kami pun menaiki train untuk ke departure hall.






Aimi and me =)


0730: Kami tiba di Departure Hall. Bagi yang duitnya masih berbaki, singgah lah di duty free shop. Saya, kak Ita, Aimi dan kak Nor menghabiskan duit syiling di Dunkin Donuts. Flight kami dijadualkan berlepas jam 0930 kalau saya tak silap la. Tapi flight delay ke jam 1000. Penat jugak menunggu..sambil sembang2, kami sudah plan next destination untuk bercuti..hahaha. But definately will come here over again..winter plan!





1010: Pesawat Airasia, D7 XXX berlepas dari Incheon Internation Airport, Korea menuju ke LCCT KL, Malaysia selamat berlepas. Kami semua pakai sweater dan lelap dek kerana badan sakit dan kurang rehat pada ketinggian sekitar 40,000 meter. Sedar2 je dah time makan..hehe. Habis makan, tidur balik. Sekitar 2 jam sebelum mendarat, pesawat kami terkena turbulent flow yang agak kuat. Bukan setakat seat belt kene pakai, cabin crew pun diarahkan duduk. Ada beberapa penumpang yang sedikit takut dan risau. Saya hanya mampu berdoa moga perjalanan ini selamat sampai ke destinasi.
Subhanallah..indah sungguh langit Mu ya Allah
1515: Kami selamat mendarat di LCCT KL, Malaysia. Cuaca panas dan suhu dilaporkan sekitar 30 degree C. Alamak, panasnye..hehehe. Sampai je KL, selesai urusan immigration check-in, kami cari surau! Solat jamak qasar (Zuhur + Asar) dan kemudiannya mencari tempat untuk lepak sebab flight ke penang delay..dr jam 1800 ke jam 2000. Lepak di marrybrown..sy makan ayam goreng (setelah seminggu tak jumpe ayam!). yang lain ada yg makan fish n chip, ada jugak yg makan mee kari. Jam sudah 1800. Kami segera beredar untuk check-in. selesai drop luggage, kami terus ke domestic departure hall.

1750: Kami sudah pun berjalan menuju pesawat. Tepat jam 2000 flight kami berlepas meninggalkan KL. Perjalanan bakal mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tapi kami mendarat awal 20 minit dari yang dijadualkan. Angin kuat kot..hujan rintik2 di penang.

2030: Tadaima!!! (I am back =B)

1 comment:

missmoon mrstar said...

assalamualaikum.. sory kalau gngu akak.. i'm just excited ble bace akak pnye blog.. i think that ur journey are so happening... best cgt.. hope dpt catch up ngan akak.. heee.. :)