Sunday, July 28, 2013

Ramadan kareem 1434 Hijriah

Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca blog ini. Ramadan sudah masuk hari ke 19..sudah hampir ke fasa akhir ramadan. Alhamdulillah, Allah masih memberi saya kesempatan untuk bertemu dengan ramadan. Semoga kita semua dapat menambahkan amal ibadah yang sedia ada. Kalau dulu baca Al-quran 5 muka sehari sekarang 5 helai sehari..boleh? boleh..anda buat anda dapat! =)

Ramadan tahun ini lebih bermakna buat saya kerana saya lebih menghargai nikmat sebagai seorang islam setelah pulang dari negara orang. Mak cik saya kata, orang dapat hidayah balik dari umrah, ko balik dari korea. Saya kira kebanyakan dari kita mungkin kurang sedar, hidayah Allah ada dimana-mana kan? Dan niat saya bermusafir ke negara orang adalah untuk melihat perkembangan Islam disana (saya pernah tulis dalam entry yang lalu), maka itulah yang saya dapat. Kita di Malaysia untung, Islam agama rasmi..masjid, surau beratur je kiri kanan jalan. Kita pakai tudung, orang hormat kita. Tapi di negara luar, belum tentu. Nak solat, cari tempat yg bersih, kemudian solat. Kalau pakai tudung, mungkin ada yang berbalah, kenapa mesti bertudung disini? dengan cuaca "panas" maklum tengah summer padahal Malaysia panas lagi. Kita patutnya malu kalau facility selengkap ini pun, solat boleh terabai. 

Ramadan ini juga memberi pulang kepada saya untuk lebih berbatas dalam percakapan dan perbuatan sia-sia. Alhamdulillah, Bacaan Kalamullah diperbanyak meskipun tidak mampu khatam dalam masa sebulan ini. Maklum sajalah, kalau masa rehat mengantuk saya akan tidur..hehehe.

Jom start a new thing! Solat dhuha dan bangun tahajjud bagi mengejar ganjaran 1000bulan. Ini "Time Sale" Allah bagi untuk kita..rebutlah ye.

Semoga kita semua beroleh keredhaanNya dan dirahmati Allah sentiasa. Moga dalam peliharaan Allah.

Salam Ramadhan 1434
Dalila
Penang.


7 comments:

.:fyzz:. said...

ya kita patut mensyukuri nikmat Allah swt kan...Negara kita mmg makmur...bestnya besa dok korea..suka sgt drama korea..time tuh winter sonata la yg first..salam kenal dari fyzz..aloq setaq

Dalila Nizam said...

Salam kenal, fyzz. Syukur Allah bagi kesempatan sampai sana..kalau boleh nak pegi lagi :-).

Dalila Nizam said...

Salam kenal, fyzz. Syukur Allah bagi kesempatan sampai sana..kalau boleh nak pegi lagi :-).

.:fyzz:. said...

tq...salam ramadhan dn hari raya yg bakal tiba..

Ajay Bihani said...

Your journey will be smooth and enjoyble
Website Development Company in Dwarka
Website Development Company in Delhi

SHAFIQUE said...

I enjoy studying your publish. It is each useful and interesting to me. I will come back again once again to see your new posts,Click here FOr fashion styles & latest online news Try this One Social Scoop

Dalila Nizam said...

SHAFIQUE, thanks. Semoga setiap entry memberi manfaat untuk kita semua. Moga ada pahala di sisiNya.