Sunday, August 25, 2013

Kebangkitan selepas Ramadan 1434

Assalamualaikum..salam aidilfitri buat semua pembaca beragama Islam dimana-mana anda berada. Saya kira kebanyakan dari kita (pembaca blog dan 'kaki internet') sedia maklum dengan keadaan saudara kita di bumi Mesir khususnya. Eloklah kita sentiasa berdoa agar kemenangan oleh pihak yang benar tiba dengan kehendak yang maha Esa.

Saya agak kecewa dengan sikap segelintir dari kita yang seolah2 tiada kesan dengan apa yang berlaku di bumi anbia' itu. Namun, setelah membaca maksud surah Al-kahfi tempoh hari (saranan rakan2 di FB) saya sedikit lega. Sungguh, berpegang teguhlah dengan agama Allah ini. Terkenang teks khutbah Nabi Muhammad..selagi kamu berpegang teguh kepada Al-quran dan Sunnah ku pasti kamu tidak akan sesat. Orang bukan Islam pun buat kajian saintifik berpandukan Al-quran, orang islam pulak boleh kata al-quran tu ketinggalan zaman..nauzubillah. Sedih..tengok orang yg macam tu kan??

Kebangkitan selepas Ramadan

Ramadan melabuhkan tirainya tahun ini, sekali lagi merindu..moga bertemu lagi di Ramadan yang akan datang. Selepas ini, membina semula empayar kewangan..setelah kontang dikerjakan sebab nak beraya..hehe. Saya mahu praktik cara berkerja masyarakat jepun..maklum setelah 3 tahun memerhati budaya kerja mereka bak kata seorang traveler malaysia yg kebetulan menyewa rumah yang sama ketika di Korea, gaji depa habis HALAL. Maksudnya, sepanjang tempoh bekerja, buatlah kerja. Jangan buat benda2 yang mungkin mendatangkan syubhah terhadap gaji yang dibayar. Saya mahu memberi yang terbaik buat ummah sebab gaji saya ada bahagiannya pada zakat pendapatan. Semoga ada keberkatan dari Allah hendaknya.

P/S: Kepada mereka yang bakal ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan haji, tahniah kerana menjadi tetamu Allah..(bila la giliran saya pula..) Kepada yang berada di Malaysia dan tidak kemana2, jom prepare untuk melakukan ibadah qurban. Tahun ni saya pilih eziqurban, sebab di kawasan rumah saya ni kalau buat qurban..sehari sampai 2-3 kenduri. Terlebih sudah..hehe.

18 Syawal 1434
Pulau Pinang

2 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Semoga segalanya dipermudahkan....dan dalam peliharaan ALLAH buat kita, dan juga mereka di sana...

Dalila Nizam said...

ameen..