Sunday, September 15, 2013

Sono yabou wa yamemasu

" The things that lies between you is nothing important than what lies in you" Saya kurang kepastian dengan ketepatan saya menulis ayat diatas. Namun itulah quote dari Puan Zaniah, guru Bahasa Melayu saya semasa saya habis sekolah dulu. Iye, guru bahasa Melayu saya memang suka English. Saya masih ingat dia pesan, mungkin sekarang Dalila tak paham, tapi satu hari nanti you akan paham jugak. Then, sekarang ni saya dah paham pun. Thanks cikgu. 

Sebelum ni, saya memang nak tukar kerje. Saya dah apply tempat yang saya nak pergi dan dah dapat interview invitation. Tempat yang pernah saya duduk suatu masa dulu. Tapi saat2 akhir, saya fikir..sono yabou wa yamemasu! Sebab saya boleh buat apa yang saya suka nak buat sekarang ni. Kalau pindah ke sana, saya kira agak mustahil..

Sebenarnya bukan isu jauh dari keluarga, sebab kalau saya ditawarkan bekerja di Jepun, saya akan pergi..hehe. Tapi persekitaran kerja sekarang..saya boleh ulang alik hantar mak ayah pergi medical check-up, saya boleh menyumbang tenaga dalam aktiviti Hijau (Pulau Pinang kan memang negeri Hijau). Saya kira, saya bekerja untuk keluarga dan ummah sejagat, selain dari belajar bahasa dan budaya negara matahari terbit itu..

Saya seronok berkerja di sektor swasta, InsyaAllah rezeki Allah yang tentukan. Kadang2 kita nak sangat, tapi tak dapat. Bila dah diberi peluang, kita tolak pulak.. Saya teringat kata2 dalam drama Banbino, kalau kita tak boleh nak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, jangan lah nak bercita2 dapat benda yang lebih baik dari sekarang. Jom upgrade diri menjadi golongan pemberi..seronok! Dah lama sangat jadi golongan penerima.


  

2 comments:

Saidinaxl canopy said...

Hujan emas di negeri orang...

Saidina Excel Canopy

LIKE my FB page

Dalila Nizam said...

Negeri sendiri boleh beli emas buat aset. hehehe..