Sunday, October 06, 2013

Jangan berhenti berlari

Assalamualaikum semua. 

Ketika ini saya sedang membaca buku berjudul "Diari musafir: Jangan berhenti berlari" karangan Dr. Zaharuddin. Tokoh kewangan Islam di Malaysia, namun dia juga menjadi rujukan di beberapa negara luar. Seronok membaca kisah beliau mencari ilmu. Terasa rindu pada zaman belajar beberapa tahun sebelum ini. Sungguh, saya amat sibuk ketika menjadi sebahagian daripada exco majlis perwakilan pelajar jika nak dibandingkan sekarang. Saya kira buku ini sesuai untuk mereka yang mencari motivasi sejati sebagai seorang Islam.

Rakan lame dr MPP UTeM jugak seperti saya..kegilaannya adalah bercuti di luar negara. Sekali dah keluar tengok negara orang, berkali-kali nak jadi pengembara. Tapi itulah, duitnya tak memandang =B. Takpe lah, simpan duit sikit-sikit. Ada masa, sampai rezekinya, InsyaAllah sampai ke mana destinasi yang diinginkan.

Hari ni dah pun memasuki 1 zulhijjah 1434H. Ada kesempatan, hari arafah nanti kita puasa sama-sama ye! Kepada yang bakal beraya sakan, minggu depan..jangan ada pembaziran ya.

2 comments:

.:fyzz:. said...

menarik ..fyzz rasa buku yg bagi motivasi adalah satu pendekatan yg baik utk individu untuk berubah ke arah yg lebih baik..tnpa menoleh kekurangan yg ada pada hari semalam..

Dalila Nizam said...

yup fyzz. Yesterday is past, let focus on future.