Thursday, November 07, 2013

Tahun baru 1435H

3 Muharram 1435H

Salam tahun baru hijrah buat seluruh umat Islam. Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. Tahun ini, saya sekeluarga menyambut tahun baru di Cameron Highland bersama keluarga sebelah ibu. 4 keluarga sekali..sebenarnya dah selalu naik, cuma kali ni bermalam di sana. Namun malam tahun baru saya dikejutkan dengan insiden kecil..kesian cik mera saya. In shaa Allah, esok adik saya uruskan bahagian yang belum selesai. 

Sementara menaip bait-bait entry ni, mata sesekali mengalih ke skrin TV - Malam Cinta Rasul, TV alhijrah sambil telinga sentiasa mendengar bait-bait selawat yang didendangkan. Ya Allah, rindunya dengan suasana tarbiyah itu. Saya kagum dengan anak muda seperti ustaz Don yang bersemangat menyampaikan nasihat dan cerita teladan, kisah Rasulullah dan sahabat. Saya sememangya tidak mampu berbuat demikian walaupun sirah nabi ini saya pelajari sejak tadika (PASTI). Untuk rekod, saya merupakan hasil pendidikan aliran agama sehingga PMR. Tahu kenapa? Setiap kali bercerita kisah rasul, air mata saya akan bergenang. Saya tabik spring kepada kawan-kawan saya yang hari ini menjadi pegawai agama mahupun apa-apa yang mereka kerjakan di lapangan agama Islam. Anda pejuang di barisan hadapan. TAHNIAH.

Resolusi baru tahun ini? hurm..banyak sangatlah. Kalau taip, esok pun tak abis..hehe. Jadi saya tulis secara kasar aje lah ye..

1) Mempercepatkan urusan bayaran balik hutang hire purchase. Saya bayar lebih setiap bulan.
2) Meningkatkan jumlah bayaran zakat bagi tahun 2014. Maaf, saya declare zakat ikut tahun matahari.. =B
3) Memekakkan telinga dan membisukan mulut apabila orang lain bercerita buruk tentang seseorang. Ini           susah sikit..tapi saya akan cuba sekuat semangat!!
4) Memelihara akhlak sebagai muslim. Saya cerminan agama saya.

Anda ada resolusi? Eloklah adakan walaupun satu dan biarlah ianya untuk agama kita.
SALAM MAAL HIJRAH 1435H.


No comments: