Sunday, November 17, 2013

The forgotten hero

Assalamualaikum. Sedikit bicara buat kali ini. Maklum, masuk suku akhir setiap tahun..semua benda nak kena 'review'. Audit tak payah cakaplah dan satu lagi kerja yang perlu disiapkan oleh individu bergelar 'management level' di tempat saya bekerja adalah 'quarter report' yang lebih kurang 'self-audit' buat diri sendir. Ya..anda buat, anda dapat.

Minggu lepas adik saya bercerita, katanya ayah bercerita tentang saya ketika dalam perjalanan ke Alor setar. Kak long tu dari dulu semua benda dia buat sendiri. Dia pergi sekolah sendiri sejak tadika. Naik basikal lepas tu tunggu bas. Waktu dia darjah 4, dia dah pun duduk asrama. Mak hari-hari nangis sebab risau anak perempuan dia, tapi bila ayah telefon sekolah nak cakap dengan kak long, kak long seronok ja. Adik saya kata, hebat jugak kak long aku ni..patut la dia dilahirkan sulong. Saya gelak besar sambil adik saya berpesan, ko jangan nak riak pulak ek.

saya senyum. Ye..tiba-tiba terfikir kenapa saya perlu rasa 'down' sedang diri sendiri dulunya seorang 'hero'. Saya percaya, setiap dari kita yang bergelar manusia, hidup di muka bumi ini, anda adalah hero. Jatuh bangun anda, anda lakukannya sendiri. 

ANDA ADALAH HERO!

4 comments:

.:fyzz:. said...

kita adalah hero ..betul..sapa kita adalah bagaimana kita mencorakkannya..

Siti Hajar said...

Kita semua Hero. Tanpa kita sedari ;)

Dalila Nizam said...

kan? kadang-kadang lupa..hehe

fat said...

yup,we r hero