Tuesday, January 14, 2014

Minggu untuk diri sendiri

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. Salam sejahtera dan sihat hendaknya. Ketika saya menulis entry ini, saya berada di bangku empuk dan meja besar nan selesa lagak seorang bos. Saya menginap di Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson. Saya bercuti sendiri bersama sepupu. Ye, hanya kami berdua.

Sekitar minggu pertama januari 2014, buat kali pertama dalam hidup saya, saya merasakan perlunya 'masa peribadi' buat diri saya. Saya terasa nak sangat bermusafir sendirian, mencari motivasi terbaru dari dalam diri. Alhamdulillah, Allah bagi saya kesempatan bercuti panjang minggu ini. Maka saya manfaatkan peluang yang ada untuk bersama sepupu di Kajang. Kami kemudiannya ke sini, Port Dickson. Perjalanan pun senang. In shaa Allah, saya akan pulang ke Penang hujung minggu ini menggunakan pengangkutan udara. Dear sky, we will meet again!

A quick review of 2013

Jan: 
Saya memulakan kempen 'drama Jepun' 2013 dengan menonton Apoyan. Background, airport dan kapal terbang. Oh, itu memang minat saya.

Feb: 
Alhmadulillah, Allah beri saya rezeki tambahan. Dalam masa yang sama, saya diuji dengan satu kejadian       yang saya tak pernah bayangkan akan berlaku dalam hidup saya. Namun, selepas kejadian itu saya dapat menerima dan memahami banyak benda. Terima kasih Allah atas segalanya.

Mei: 
Saya sangat sibuk dengan kerja saya sebagai jurutera. Diberi tanggungjawab untuk turut sama mengendalikan model baru shutter unit bagi camera compact, saya kira peluang itu sangat banyak mengajar saya menjadi lebih matang dalam membuat penilaian dan analisis secara teknikal. Saya makin terbuka untuk berkongsi maklumat dan masalah dengan bos kecik (Malaysian) dan bos besar (Japanese). Sempai engineer dari Jepun memberi komen "Dalila-san sure OK naa.." Alhamdulillah..tanoshikatta.

Jun:
Sekali lagi syukur..Alhamudulillah. Allah izin saya jejakkan kaki ke bumi indah Korea. Banyaknya yang saya belajar semasa berada disana. Saya bersyukur sangat dilahirkan sebagai muslim. =)

Oct:
Saya menghadapi masalah dengan rakan sekerja. Mungkin saya saja yang bermasalah. Atau mungkin saya saja perasan, saya menghadapi masalah dengan mereka. Namun jauh di sudut hati, saya hanya meminta sedikit ruang untuk kouhai diberi kepercayaan melakukan tugas-tugas yang kritikal. Kerana saya telah diberi tunjuk ajar sewajarnya oleh manager. Jadi perlukah sempai meraguinya? 

Nov:
Alhamdulillah, saya berkesempatan bercuti bersama-sama keluarga besar sebelah ibu. Walaupun destinasi kami hanya di Cameron Highland, namun keseronokkan bersama keluarga memang best! Thanks to Allah, we are arrived to hidden world 'Mossy forest' dengan selamat walaupun jalan yang dilalui sangat mencabar. Terima kasih Paksu dan keluarga yang sudi jadi pemandu pelancong kami.

Dec:
Kegilaan saya menonton drama jepun makin menjadi-jadi menerusi drama 'Miss Pilot'. Saya faham jika pembaca sendiri naik muak..hehehe. Tapi itulah antara drama yang menaikkan semangat juang saya. Saya jatuh hati dengan lakonan Saito Takumi yang akhirnya menyatukan saya dengan rakan lama, Eve. Alhamdulillah, kami menjadi 'drama buddy' dan support each other. 

Semangat baru 2014

Dalam bulan ini, saya telah dijemput menjadi 'First reader' kepada novel (yang sebenarya telah ditukar status kepada CERPAN - Cerita Panjang) hasil tulisan Eve. Terima kasih sebab berpuas hati dengan komen yang telah saya berikan. Saya akan cuba bantu selagi mampu. Saya tunggu CERPAN itu menjadi novel dengan sabar.

Saya telah diberi komen berbaur negatif (di media sosial) oleh mereka yang saya kenal di alam nyata. Terima kasih. Saya akan cuba baiki diri sendiri walaupun apa yang saya tulis telah anda salah faham. Saya harap anda akan berjaya di masa akan datang.

Saya harap 'rehat' saya yang seminggu ini memberikan saya lebih banyak ruang untuk mencari semula jati diri yang mungkin sudah hilang. Malaysia merayakan maulidurrasul pada 12 rabiulawal, hari ini! Banyakkanlah selawat ke atas rasullullah. Allahumma solliala Muhammad.


2 comments:

chibi neko said...

Ganbatene.. Dalila-san

Dalila Nizam said...

Arigato, chibi neko chan. Namae wa kawai desho! :-)