Friday, January 17, 2014

The self journey resolution

Assalamualaikum. Semoga semuanya yang membaca entry ini berada di bawah lindunganNya. Selepas hampir 5 hari berada jauh dari keluarga (konon..pada hal lepak rumah cousin!), saya kira diri ini telah pun diberi ruang untuk 'bernafas'. Alhamdulillah.

Perjalanan pulang ke Penang bermula jam 0415 dari Kajang. I'm drive my self dibantu kakak (my cousin) as co-pilot yg menggunakan GPS app dari android device-nya. Perjalanan sekitar 45 minit. Lebih kurang jam 0510 pagi, saya sudah pun check-in di counter. Saya hanya duduk di balai perlepasan sambil membaca Komplikasi Jiwa Muslim tulisan HM Tuah Iskandar. Lebih kurang 0630 pagi, saya bergerak ke custom check perlepasan dalam negeri. Sepanjang perjalanan, saya sendirian. Nampak macam OK je, tapi sebenarnya saya takut..hahaha. Tapi satu ayat yang sentiasa saya ulang2 dalam minda saya..I am hero before! and right now!!

0725 pagi, boarding time bagi pesawat OD 2102, carrier Malindo Air. Saya masuk dengan selamba. Selamba ye..bukan confident. Saya duduk di sebelah turbo jet, part paling saya suka selama ini. Dan saya tiada jiran..hahaha. Menariknya, Malindo Air ni tak perlu tutup tingkap ketika take-off mahupun landing. Saya sempat melihat 2 buah pesawat melakukan take-off sebelum pesawat kami terbang. Subhanallah..mata saya basah. Terima kasih ya Allah, atas peluang yang diberikan. Sepanjang perjalanan, saya tak henti2 snap pemandangan menarik dari dalam pesawat. Seronok di hati, hanya Allah je yang tahu. Walaupun terbang tak tinggi mana (compare to international route), tapi langit Allah tetap menarik dan indah. Sekitar 15 minit sebelum mendarat, kami memasuki ruang udara Pulau Pinang. Khabarnya mendung, kami terbang menembusi awan.


 Perjalanan lagi tambah seronok apabila Pilot bertugas mengucapkan 'Assalamualaikum' dan ucapan 'In Shaa Allah' diakhir pengumuman. Ya Allah, for the time being, I am doubt if the Pilot like this exist. I love their job, I think I wanna be side-by-side support for them. But now, You let me know. いるよ!そのひちはいるよ!So, I will keep believe that Allah will give me the best.

Note to my self

Sebelum ini saya fikir saya cukup matang untuk melalui cabaran hidup seorang diri. Saya nak sangat berada di negara matahari terbit, menjadi sebahagian daripada professional disana. Maka Allah sediakan cabaran mendatang untuk saya tempuh, agar tiba masanya saya mungkin berada di negara orang dan mampu berdikari. Saya terasa kehilangan 'jati diri' apabila melalui hidup seadanya, lantas cabaran yang diberi saya elak agar saya selamat. Ya, terkadang menempuhi ujian itu perit, tapi percayalah anda akan rasa betapa manisnya sebuah kemenangan. Thanks to person who criticize me negatively. Because of them, I walk alone through my path and get back my true self. 

Dear sky, until we meet again!

No comments: