Friday, February 28, 2014

Dialog pintar jurutera muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca entry kali ini. Selawat dan salam buat Rasulullah, pemimpin sepanjang zaman. Yang mengajar kita tentang kehidupan dunia dan akhirat.

Saya pernah berada 4596.51 km dari Kuala Lumpur, menjejaki keindahan ciptaan Allah. Bumi Korea bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Sejak tertubuhnya Airasia, syarikat penerbangan tambang murah dan destinasi ke Korea diperkenal, saya kira sangat ramai rakyat Malaysia yang sudah pun menjejakkan kaki ke sana. Termasuk saya.

Petang semalam, semasa 'young engineers' sibuk menyiapkan laporan masing-masing, kami sempat bersembang tentang ketamadunan dunia luar. Maklum, masing-masing antara kami memang sudah menjejakkan kaki ke negara luar. Negara yang jauh lebih maju dan 'mahal'. Maaf, kami bukan tidak menyokong pelancongan di dalam negara, tetapi sebagai orang muda, kami lebih berminat untuk mengetahui bagaimana membina tamadun. Kalau setakat pergi ke luar negara untuk ber-shopping, anda bukanlah sebahagian dari kami. Antara negara yang kami sebutkan adalah Jepun, Korea dan China. Pada akhir perbualan kami, ada juga yang berkata tentang tamadun Melayu. Ada juga yang bertanya 'tidak susahkah mencari makanan halal di negara bukan Islam?'. Jawapan saya, Islam itu mudah, hanya perlu memahaminya. Yang tak boleh makan kurang dari 10 barang, sedang beratus jenis makanan halal di makan. Begitu juga dengan solat. Rakan berbangsa Teonghua bertanya, bagaimana kamu solat jika tiada surau mahupun masjid? Solat tak perlukan ruang tertutup. Cukup setakat jauh dari kesibukan lalu-lalang dan bersih. Solatlah. Mudah bukan?

Sepanjang berada di Korea seketika dulu, saya tak henti melafazkan syukur kepada Allah atas kesempatan yang diberikan. Otak juga tak henti berfikir bagaimana Korea dibangunkan dalam masa lebih kurang sepuluh tahun? Rakan sekerja saya juga berfikir hal yang sama. Antara kandungan dialog petang semalam adalah seperti berikut.

Kalau nak diikutkan, 10 tahun yang lalu, Korea adalah negara yang mundur, kedudukan Malaysia jauh lebih baik. Tetapi sekarang? Kalaupun ada artikel yang menyatakan Malaysia jauh lebih bagus dari Korea, confirm penulis tak pernah sampai Korea. Saya lihat pembangunan infrastruktur dibangunkan serentak dengan pembangunan insan. Tiada sampah di tepi jalan. Mereka mengamalkan kitar semula. Sistem pengurusan sampah bagi kawasan perumahan yang teratur. Sampah makanan, sampah yang boleh dikitar semula dan sampah yang tidak boleh dikitar semula perlu diasingkan sebelum di buang. Lori sampah beroperasi sekitar 11.30 mlm. Tiada lori sampah di siang hari. Polis sentiasa berada di kawasan tumpuan ramai dan sangat mesra. Pelancong asing sentiasa diberi keutamaan. Persekitaran selamat. Kedai-kedai dengan pintu kaca ditinggalkan dalam keadaan baik, tiada siapa yang akan merompak. Anak mudanya sibuk melakukan kempen jangan buang sampah dan membantu pelancong asing. Jika anda malas berjalan, anda boleh menawarkan banyaran yang tinggi kepada pemandu teksi. Namun, pemandu teksi akan menolak tawaran itu sambil berkata kamu ada kaki kan? Berjalanlah.

Jika Malaysia mahu lakukan perubahan seperti diatas, kita perlu bermula sekarang. Namun perlu diingatkan kesannya akan dapat dilihat sekitar 10 tahun akan datang. Kerajaan perlu dikukuhkan dengan niat dan tujuan yang sama. Jika masih 'bara bara*', saya yakin kita akan di takuk yang lama. Mungki 20 tahun akan datang, kita masih begini.

Mereka kata syukur Malaysia masih aman. Amankah kita jika tinggal seorang di dalam rumah pun kita gundah gulana. Seorang anak susah hati jika mak seorang diri di rumah walaupun siang hari. Sedang di sesetengah negara, anak-anak kecil bebas bermain dengan rakan-rakan berkilometer jauhnya tanpa perlu pemantauan ibu bapa.

Jika anda yang membaca entry ini terfikir poyonya saya kerana menuding jari kepada pihak kerajaan tentang usaha pembangunan insan di Malaysia, ampun maaf saya pohonkan. Saya penduduk tetap Pulau Pinang. Kerajaan negeri telah mengajarkan cara-cara membuang sampah dengan betul. Permulaannya sudah pun saya mulakan. Di rumah, saya memang mengasingkan sampah seperti di Korea mahupun Jepun. Barang yang boleh dikitar semula akan saya berikan percuma kepada pengutip barang 'recycle'. Memang kalau jual boleh dapat duit, namun apakah salahnya jika diberikan kepada yang lebih memerlukan? 

P/S : 'Young Engineers' adalah jurutera muda yang pastinya tidak pernah berminat dengan sejarah. Namun dialog yang hampir 2jam setengah itu mampu mengukur sejauh mana kami mengambil tahu tentang sejarah dan ketamadunan dunia. Things will definitely different when we see it in different way.

Nota: Seorang jurutera muda menyatakan begini, apa yang saya lihat ialah tamadun yang dulunya hebat, kini berada dibawah. Tamadun China, Tamadun Melayu mahupun Tamadun Arab.

* bara bara : Perkataan jepun bermaksud berpecah ataupun terasing.

1 comment:

.:fyzz:. said...

wow..betul2..fyzz setuju ngan pemikiran anda.Malaysia masih lagi di takuk lama dn sngt2 perlukan pembaharuan..sya sngt gemar cara pendekatan kerajaan singapura, jepun dn korea terhdp rakyat mereka.......