Monday, April 28, 2014

Kisah tentang bulan

Assalamualaikum. Buat masa ini, i'm force my self to write! Kalau nak tunggu senang dan lapang, tak tahu la bila masa dapat tulis. Hari-hari pun sibuk.

Saya baru sahaja menghabiskan siri anime 'Uchuu Kyoudai' (Translated in English as Space Brother). Bila tulis 'anime' fahamlah ye. Dari Jepun. Kalau 'animasi' dari Malaysia. Saya harap anda yang membaca, kalau suka menonton siri anime ke kartun ke..eloklah menonton siri anime ini. Episodnya ada 99. Masih tak cukup panjang bagi satu siri anime dari Jepun.

Cerita berkenaan dua adik beradik, Nanba Mutta (abang) dan Nanba Hibito (adik) yang telah bercita-cita menjadi angkasawan untuk ke bulan. Saya tidak akan mengulas jalan cerita dalam anime ini. Namun nilai yang dipamerkan membuatkan saya sentiasa mahu berkongsi dengan orang lain. Latar belakang cerita sekitar tahun 2026. Tiada kereta terbang, tiada baju besi mahupun robot disana sini. Sama seperti sekarang. Bahkan idea Mutta untuk mereka cipta kereta terbang ditolak mentah-mentah oleh majikannya. 

Mutta, seorang berjiwa kental. Pernah melalui kegagalan dalam hidup, namun terus berusaha untuk mencapai cita-citanya ketika kanak-kanak. Dia sanggup melakukan arubaito* sebagai maskot Santa Claus sedangkan dia sudah pun bergelar uchuu hikoushi* di JAXA. Watak Mutta digambarkan sebagai manusia paling layak bergelar angkasawan dengan beberapa kelebihan dan sikap positif serta mampu menyatukan orang lain yang dikirakan agak sukar untuk bekerjasama.

Hibito pula adalah seorang adik yang optimis, namun ada kalanya dia memerlukan Mutta selaku penenang diri. Hibito adalah wira Jepun pertama yang menjejakkan kaki ke bulan dengan beberapa 'screw loose' bak kata Mutta. 

Kisah ini bukan kisah tentang bulan. Kisah ini adalah cerita tentang manusia yang optimis dan positif, bercita-cita tinggi namun masih merendah diri. Kisah ini tentang manusia gila yang mahu ke ruang angkasa namun mereka masih mempunyai sikap seperti orang kebanyakan. Mereka lawak, adakalanya 'senget'. Yang memisahkan mereka dengan kebanyakan orang adalah kemampuan diri dan kepercayaan untuk mencapai cita-cita mereka.

Saya masih rindu dengan MISA (Malaysia International Space Adventure) yang pernah saya sertai dulu. Saya pernah terlupa dengan 'kesan khas' ketika menonton tayangan 4D yang telah pun membawa saya ke bulan. Walaupun begitu, selepas menonton anime ini saya mampu mengingatkan diri bahawa saya pernah merasai bagaimana angkasawan melangkah di bulan. Saya tidak mungkin menjadi angkasawan, namun saya sentiasa meminati bidang ini kerana ia telah membuatkan ramai manusia menjadi positif.



Kosa Kata:
arubaito = bekerja separuh masa
uchuu hikoushi = angkasawan
JAXA  = Japan Aerospace Exploration Agency

No comments: