Sunday, May 25, 2014

It's my stand point

Assalamualaikum.

Semenjak dua ini saya ada menerima permintaan berkenaan editing untuk iklan produk kecantikan. Saya masih menyokong dan membantu mereka yang baru memulakan perniagaan dari sudut iklan. Saya ambil upah yang murah. Sebab memang kerja mudah dengan kehadiran software yang pintar dewasa ini. Namun saya kurang selesa jika model yang mengiklankan produk itu 'tidak patuh syariah'. Maksud saya, tidak menutup aurat, posing melampau dan sebagainya. Saya rasa eloklah saya tolak kerja ini sedari awal. THIS IS MY STAND POINT.

Sebelum ini, ada juga yang bertanya tentang fotografi pakej perkahwinan. Sebelum saya membuat keputusan untuk melangkahkan kaki ke bidang berkenaan fotografi ini (bermula dengan memohon subjek seni fotografi dan video di universiti), saya tidak pernah memikirkan kesan, halangan mahupun limit yang akan saya set sepanjang perjalanan ini. Namun, apabila ada yang memohon saya untuk merakamkan foto pre-wedding, saya mula berfikir. Saya adalah serikandi agama. Agama saya tidak menghalalkan cara begitu. Jadi saya tolak dengan cara baik. Bidang ini banyak mendekatkan diri saya dengan pencipta saya. Saya telah berfikir mahu jadikan bidang ini sebagai wadah untuk saya berdakwah. Maka saya sudah bersedia untuk kehilangan job terutamanya pada majlis perkahwinan. Saya tidak kisah. Rezeki Allah yang punya. Rezeki yang ada pun bukan milik kita 100%. Kalau dicongak gaji bulanan, rasanya yang kita punya hanya 5~10% sahaja bukan?

Tapi Allah itu maha pemurah dan maha penyayang. Dia beri saya rasa cinta terhadap alam sekitar dan travel sebagai ganti. Saya sentiasa mahu bermusafir mencari pemandangan baru untuk dirakam. Saya juga dikirimkan seorang rakan yang sama minat. Siap merancang untuk menyertai photo contest lagi. ALHAMDULILLAH.

Gambar dirakamkan pada Jun 2013 pada ketinggian 901m dari paras laut. Puncak gunung Seorak, Korea. Komposisi asal dari kamera tanpa sebarang editing. Sebenarnya saya paling benci buat editing..hehehe

5 comments:

ケイ留美 said...

thumbs up! for the entry content and the photo~

jeles la plak tgk gambo kamu di korea. daku belum sampai ke sana lg...


- kayrumi

Nor Hayati Ramli said...

fuh cantik betul gambar awak kat air terjun tu...:)

Nak Kurus Badan Dengan Berkesan

Nor Hayati Ramli said...

ops silap bukan air terjun..hehehe..tapi memang cantik pemandangan tu...:)

Nak Kurus Badan Dengan Berkesan

Dalila Nizam said...

opppsss..lupa nak tulis, belakang tu kabus. hehehe..

Dalila Nizam said...
This comment has been removed by the author.