Assalamualaikum.
Sedikit terlambat, namun saya tetap mahu mengingatkan kepada pembaca entry ini yang beragama Islam. Its Ramadan countdown! Salam 2 Rejab.
Semalam adalah sambutan Hari Pekerja di serata dunia. Juga kita umat Islam menyambut 1 Rejab. Tapi saya tak berkesempatan untuk berpuasa lantaran sahabat dari Perak datang bertandang ke Pulau Pinang. Niat asal hanyalah untuk menonton wayang, The amazing spiderman 2 dan jalan2 sekitar Penang sambil mencari ilham untuk merakamkan gambar.
Intipati daripada Kisah 'The rise of electro' : Ada kalanya kita tidak hiraukan orang di sekitar kita yang sebenarnya jauh lebih diperlukan. Contoh mudah, Max; Jurutera Elektrik di OSCORP. Dia hanyalah seorang biasa yang melakukan perkara luar biasa namun tidak diberi hak yang sepatutnya. Semua orang layak dihormati dan patut dihormati. Hanya mereka yang berhati luhur dan rendah diri yang pandai menghormati orang lain. Ada ketikanya, penjenayah bukan berasal dari orang jahat, tapi situasi dan persekitaran menyebabkan jenayah berlaku. Justeru, kitalah selaku masyarakat yang harus disalahkan. Kerana masyarakat kita adalah masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Anda carilah contoh2 negara yang masyarakatnya tidak pentingkan diri, nescaya kadar jenayahnya amat rendah sekali.

1 Rejab dengan perjalanan ala-ala 'jalan-jalan cari masjid' amat menyeronokkan. Kami berjaya solat di 3 buah masjid berbeza pada 3 waktu solat. New things ever in my life. Sambil jalan-jalan mencari ilham seni di dinding bangunan lama sekitar. Ini salah satu daripadanya.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan dan sentiasa memanjangkan ukhwah antara kami. Nice day out with you, cik rubi!
30 April 2014: Saya dihadiahkan electronic dictionary daripada pihak syarikat sebab tak pernah ponteng kelas bahasa Jepun. Arigatou Gozaimasu! Brand Canon, Wordtank namanya. And it is Pink!! Onna nan daro..huhuhu.

Saya juga berharap sepupu saya berjaya mendapat tempat sebagai imam di Jepun untuk ramadan kali ini. Apa lagi yang mampu kita sumbangkan untuk agama ini? Yuk jadi penyumbang!!
No comments:
Post a Comment