Monday, June 30, 2014

Si pencinta

Saya tak tahu andai saya menulis tentang ini pada masa yang sesuai. Namun saya tetap mahu menulis. Sejak akhir-akhir ini saya mendapat beberapa 'projek' daripada bos yang saya sifatkan sebagai 'gerak sendiri'. Jauh di sudut hati, saya sendiri tetap mencari motivasi sejati dari dalam diri. Saya tak macam kawan-kawan yang lain. Mereka punya 'team', boleh jadi tempat bergantung harap. Saya? Saya yang diharap-harapkan adalah. Maka setiap masa dan ketika saya sentiasa memilih untuk memotivasikan diri sendiri dengan pelbagai cara.

Takeru Satoh
Saya mula meminati lakonan Takeru sejak menonton 'Rurouni Kenshin' kemudian diikuti oleh 'Bitter Blood' drama Fuji TV. Dengan lakonan yang mantap dan bersahaja, dia sebenarnya seorang yang sangat pemalu. Selain sangat jujur dan tidak suka berahsia, Takeru dikatakan sangat yasashi dengan semua orang. Saya tabik dengan kebanyakan pelakon yang hebat di jepun kerana mereka punya bakat yang luar biasa. Hanya kerana memegang watak sebagai pembuat lagu, mereka boleh belajar main gitar dalam masa kurang daripada sebulan. Saya melihat Takeru membesar dan matang sebagai seorang pelakon yang diminati di jepun. Dahulunya dia seorang kanak-kanak, sangat pemalu namun punya bakat besar. Hari ini, dia diberi 'watak besar' oleh kebanyakan pengarah dan penerbit. Pada saya, semuanya bermula dengan 'Rurouni Kenshin'. Watak seorang pejuang hitokiri, namun sangat sopan dan lembut apabila berhadapan dengan orang kebanyakan.

Watak sebagai AKI dalam Kanouso
Saya masih berfikir, manusia yang macam ni hanya ada di jepunkah? Saya berharap saya boleh jumpa orang yang semacam ini di bumi sendiri. Saya masih ingat jawapan Takeru apabila di tanya apakah dia benar-benar suka dengan bidang lakonan. "Saya fikir, saya suka. Saya suka buat apa yang saya suka buat masa ini. Kalau ditanya untuk 5 tahun akan datang, saya pasti saya tiada jawapan. Cuma sekarang ini, saya suka berlakon." - Takeru Satoh.

Dari situ, saya dapati untuk rasa seronok dan ikhlas, buatlah apa yang anda suka buat dan buat betul-betul. Just enjoy your moment.

Kosakata:
Yasashi = Baik hati
Hitokiri = Hito; orang, Kiri; potong

No comments: