Thursday, July 10, 2014

Nihongo foot track

Kelas bahasa Jepun saya berakhir pada jam 7.00 mlm 2 Julai 2014. Kelas terakhir sebelum saya menduduki Japanese Language Proficiency Test (JLPT) buat kali pertama. Level N5 (Starter / Beginner). Disebabkan saya sahaja yang menduduki exam, sedangkan yang lainnya tidak, maka saya tak ada 'study group' seperti zaman sekolah dulu. Kebetulan exam jatuh pada bulan puasa, memang saya kurang tidur sehingga hari perperiksaan. 

"Shiken ganbatte kudasai ne, Dalila chan!", ucap Kori Sensei mengakhiri kelas. Sambil mengangguk, saya balas "Hai, ganbarimasu". Saya lega saya mampu membalas ucapan itu sekarang. Kata Sensei, saya sudah 4 tahun belajar bahasa Jepun. Ya, 4 tahun. Pada tahun kedua pelajaran, bos ketika itu, Kazuo Kaji pernah datang kepada saya 'personally' untuk mengucapkan 'ganbatte kudasai' sebelum dia pulang ke Jepun disebabkan tamat berkhidmat disini. Sungguh saya terharu ketika itu, namun saya tak mampu membalas apa-apa yang dikatanya kerana saya tak tahu. Sungguh, kalau saya berjumpa dengan Kaji san sekarang ini, banyak benda yang saya nak sembangkan.

Selang beberapa hari, dokumen dari Jepun tiba untuk diekstrak bagi kegunaan di sini. Malangnya, dokumen untuk bahagian Production yang rata-rata staffnya hanya berpendidikan biasa-biasa* saja itu ditulis dalam bahasa Jepun. AGM di jabatan saya dengan sedapnya memanggil saya 'Japanese speaker', "Please help Rosni san to translate the document". Oh hoo..sungguh kerja menterjemah bukan mudah. Ramai yang kata guna sajalah 'Google Translate'. Bagi yang benar belajar bahasa jepun, Google Translate hanya membantu pada makna bagi tulisan Kanji. Struktur ayat, anda perlu betulkan sendiri. Maklum, dokumen untuk Production biasanya berunsur arahan dan step-by-step, maka Google Translate kurang membantu. Walaupun berat hati, saya terjemahkan juga. Kan kerja saya menyelesaikan masalah orang lain. Siang saya sibuk menterjemah, malam study untuk exam pula. Tepu otak saya dibuatnya.

Hari perperiksaan tiba, saya keluar dari rumah awal pagi sebab tak tahu jalan nak ke tempat perperiksaan. Tempatnya di Disted College, Penang. Saya guna khidmat adik saya dengan Google Mapnya. Melalui jalan yang indah di pagi hari. Tak sangka, bahasa Jepun bawa saya jauh ke sini. Dengan 4 tahun perjalanan, macam-macam yang jadi, macam-macam rasa yang telah dilalui. Orang kata saya cerdik pandai, engineerlah katakan. Sebab tu pandai cakap Jepun. Na minna..it's take 4 years to speak and listen to Japanese language like am I doing now. Beratus jam saya belajar untuk mahir. Ini bukan benda main-main walaupun semua disponsor oleh pihak syarikat. Alhamdulillah, saya mempu menjawab dengan baik. In shaa Allah, mampu lulus. Keputusannya Oktober nanti ye!

Kita selalu kenal orang apabila mereka sudah berjaya. Kerana mereka berjayalah, sejarah mereka diceritakan, dibukukan malah divideokan. Namun disebalik kejayaan itu, tersimpan sejuta penat yang tak terlakar di wajah penuh senyuman. Maka, jika anda mahu berjaya bersedialah untuk berpenat lelah. Itu adat.

Saya akan terus belajar bahasa ini sehingga saya mampu memahami apa-apa saja yang dituturkan mahupun yang dituliskan. In shaa Allah.

P/S: Terima kasih tak terhingga buat cik Rubi dan syamim. Itsumo sobani iru kara, hontoni arigatou gozaimashita. [Thanks so much for always beside me]

Kosa kata:
Sensei - Cikgu
Minna - Semua orang
Shiken - Perperiksaan
Ganbatte Kudasai - Sila buat yang terbaik (Do your best)
Ganbarimasu - Saya buat yang terbaik (I do my best)

* - Berpendidikan biasa-biasa saja yang saya maksudkan adalah tamat sekolah. Antara mereka tiada yang memiliki ijazah, tapi jangan pelik kalau mereka memang boleh bertutur dalam bahasa jepun mahupun English.

No comments: