Sunday, August 17, 2014

Being different!

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin menulis tentang 'being different'. Saya pun tak pasti sejak bila, namun saya memang tak sukakan persamaan. Hidup memang tak pernah adil, jika anda fikir adil = sama. Bahkan, sejak azali lagi setiap manusia dilahirkan berbeza. Sebab itulah dunia hari ini menggunakan cap jari sebagai pengenalan diri yang hari ini dipromosikan sebagai 'biometrik'. UNIK. Kalau dunia ini seragam, sama tentunya bosan. Saya yakin itu. Maka itu saya sedikit 'benci' dengan orang yang mahu saya jadi seperti mereka. Maaf, saya dibesarkan untuk menjadi diri sendiri. Saya bersyukur sebab masyarakat di sekeliling saya tak pernah 'design' saya untuk menjadi apa. Saya sendiri pilih untuk menjadi saya hari ini.

Sometimes hate to this 'normal' world

Mereka kata normal. Normal seorang manusia sibuk mengejar duit. Mereka menjadi alat. Kehidupan yg sepatutnya digunakan untuk menyemai bakti dan menabur budi menjadi medan mengejar kemewahan dunia. Akhirnya menjadi rakus. Ini yang dicanang-canang oleh barat. Mereka promote barangan dengan brand yg mahal dan kemudian kita dididik dengan kemewahan berdasarkan brand apa yg mampu kita miliki. Kitalah yang kaya, sedang negara jauh terkebelakang. Ekonomi umat merangkak. Dear worlds, its not normal when you can still laugh but kid abused, get shoot in front of your eyes. 

Imej negara maju yg dicanang adalah bangunan pencakar langit. Sistem kenderaan yang kononnya canggih dan mewah. Akhirnya terbinalah bandar-bandar baru nan mewah beserta fasiliti melepak yang luas. Anak-anak jadi malas, hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti melepak. Mana tidaknya kompleks membeli-belah merata-rata. Saya sudah melihat kesannya ketika pembangunan kategori ini pesat dibangunkan di kawasan sendiri. Namun tetap redha dan bersyukur apabila pemimpin mula beralih kepada 'pembangunan manusia'. 

Being different, limited edition of me

Saya ada beberapa orang rakan yang langsung tak kisah dengan tuntutan dunia kini. Kami boleh membeli smartphone dengan harga kurang daripada RM1000. Saat company bercerita tentang turunnya sales, kami masih tenang. Apa nak kisah, rezeki Allah yang bagi. Ketika orang lain bercerita tentang pakej percutian, kami melakukan research sendiri hala mana yang akan kami redah. Kami boleh tak bershopping setahun asal dapat berjalan tengok negara orang. Dan pada masa orang sibuk bercerita tentang bisnes yang melabur saja, kemudian tunggu hasilnya, kami tentang dengan beberapa fakta termasuk apa yang agama kami kata. Saat umat melayu seakan memusuhi kaum yang lainnya, kami masih bercerita tentang agama dan fahaman masing-masing dan kami konklusikan sebagai kebanyakkan agama mahupun fahaman tak ajar kejar duit. Mereka mohon kita jadi manusia: Membantu pada yang memerlukan.

No comments: