Sunday, August 03, 2014

Syawal ke 7: Malaysia ke Jepun???

Assalamualaikum. Salam eidulfitri..mohon maaf atas segala salah dan silap mahupun khilaf. Nak-nak lagi apa yang telah saya tulis, kalau terasa hati, ampun maaf saya pohon. Dan  komenlah apa yang tak kena dengan tulisan saya..in shaa Allah, teguran adalah sebahagian daripada penambahbaikan. Kejap je masa berlalu, hari ni dah 7 syawal. Seminggu sudah menyambut kemenangan kembalinya kepada fitrah asal, alhamdulillah.

Raya di dua dunia.

Saya memang anak jati Malaysia. Walaupun ada kalanya rasa macam nak sangat angkat kaki dan blahh dari sini. Makanya, saya memang beraya di Malaysia. Tapi yang berbeza pada tahun ini ialah saya langsung tak ikuti siaran rancangan TV di Malaysia. Saya ikuti siaran TV Jepun. Semuanya kerana "Ruroni kenshin - Kyoto inferno" yang baru je menemui penonton bermula 01.08.2014 di seluruh Jepun. Saya tak tahu berapa lama pulak masa yang perlu saya dan rakan-rakan di Malaysia tunggu, namun sabar adalah remidi terbaik.

Hari ini, dari pagi bawa ke petang, mata boleh lebam, pipi boleh lenguh dan perut boleh sakit sebab menonton rancangan ala-ala talkshow di Jepun. Secara umumnya rancangan seperti ini dipanggil 'variety show' oleh masyarakat Jepun. Bermula dengan variety show hosted by TOKIO, battle SP vs RuroKen team, saya kemudiannya menonton VS arashi. Dua-dua show ini ala-ala game show. Program yang hosted by TOKIO ni dia main kuiz sambil merepek dengan cerita / promosi filem RuroKen. Ada buah tangan yang saya tinggalkan untuk anda.

OK, saya translate ayat di atas untuk anda. Ini adalah kuiz. Kalau rajin fikir, sila jawab. "Ada 2 orang kanak-kanak lelaki. Kedua-dua kanak-kanak lelaki ini dilahirkan pada waktu yang sama, di tempat yang sama oleh ibu yang sama. Tapi, kedua-keduanya bukan kembar. Kenapa?"
Jawapan boleh tinggalkan di ruang comment. Nanti saya reply.


VS arashi, saya rasa rakyat Malaysia faham kot..game show yang hosted by Arashi. Boleh tengok di 8TV, ahad jam 3 petang. Tapi saya kurang pasti tentang 'updated' episod di Malaysia. Selesai bergelak sakan, saya teruskan dengan satu lagi rancangan baru..baru bagi saya. Dah lama ada di Jepun. Sekai ichi uketai jugyou namanya. Rancangan yang sangat sarat dengan informasi. Padat dan mantap! 

Selesai menonton, perkara yang bermain difikiran saya ialah..pembelajaran sepanjang hayat. Anda tahu, dengan hanya mengadap TV, rakyat Jepun terdedah dengan pelbagai maklumat mutakhir, terkini dan tepat. Penerangan tentang teknologi tinggi secara teori diringankan dengan bantuan video yang ala-ala 'lakaran' artis. Bukan kreatif isunya, masyarakat mereka memang jenis yang suka mudahkan orang lain. Maka setiap ilmu diringankan untuk kefahaman umum. Dari atuk, nenek sampailah ke adik-adik, mereka mampu untuk memahaminya. Itu yang saya namakan pembelajaran sepanjang hayat. Bukan masuk U umur 50 tahun, dapat degree dan akhirnya tampal di dinding rumah saja. Tiada tujuan menghina. Apa yang saya mahu sampaikan ialah pemilikan ilmu bukan terletak pada sekeping kertas. Ia terlihat pada cara kita bertutur dan memberi pendapat. Cara kita memberi response terhadap persekitaran. Ilmu terutamanya yang bersifat teknologi tinggi bukan milik exclusive sesetengah golongan yang pada akhirnya hanya golongan ini sahaja yang mampu untuk memahaminya. Jadi tidak hairan kalau golongan 'artis' di Jepun sangat petah berkata-kata dan matang dalam berhujah mahupun memberi pendapat. Kerana 'dunia media' mereka adalah kategori mendidik masyarakat. Begitu juga dengan rakyat jelatanya. Mereka pandai, cerdik bukan sebab makan ikan tak masak, bukan sebab berketurunan kulit putih mata sepet, tapi budaya sekeliling yang menjadikan mereka begitu. Saya akui BUKAN semua rancangan di stesen TV Jepun bagus, tapi kebanyakannya baik dan wajar diambil perhatian. Saya harap, Malaysia juga mampu menghasilkan rancangan seperti ini di masa akan datang.

Komen Sato Takeru selepas menonton 'Pembangunan di Dubai' : Ada duit, apa-apa pun boleh!

2 comments:

spectra BLUE said...

Salam. Hai! Saya huda. Saya nk try jawab quiz tu. Memandangkan xde tulis psl tahun, so saya nk katakan yg 2 budak lelaki tu dilahirkan pd tahun yg berlainan so bukanlah kembar..hehe..tp saya ade jumpa soalan yg sama dlm versi inggeris tp ade tahun laa. Anyway, entri kamu bagus. Saya pon minat jgk tgok japan tv show nie. Mmg byk benda boleh belajar drp diorg. Plus saya fan Arashi..hehe

dalila nizam said...

Salam, Huda.Menurut Takeru pnye jawapan : sebab kembar 3. Hehehe. Owh..tak sangka boleh jmpe fan arashj kat sini! Sy pn minat derang jugak..hehe.