Monday, October 06, 2014

Pengalaman baru..

Assalamualaikum. Entry kali ini ada sedikit sensitif. Terutama yang tak boleh tengok darah dan urat saraf. Kalau anda dari kategori ini, sila baca sehingga disini. Jangan baca sampai habis. Kedua, saya tulis entry ini sebagai 'knowledge sharing'. Bukan nak promosi barang ataupun ubat. Tapi segala persoalan akan saya jawab. Atau sekurang-kurangnya bertanyakan kepada yang lebih mengetahui.

Ogos 31 - Ayah mengadu sakit kaki. Nampak bengkak. Lemah. Sedangkan kaki kiri itulah yang kuat melangkah. Kaki kanan ayah memang lemah dan masih dalam proses rehibitasi. Saya hanya sekadar mengambil tahu sambil lalu. Saya tak suka tanya banyak sebab nanti saya akan fikir segala macam kemungkinan, maklum otak saya sangat free, boleh fikir sampai 10 tahun ke depan..hehe.

September 1 - Ayah bagi tahu malam tadi (lebih kurang jam 3.00 pagi) dia ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), adik saya yang kedua, Joey yang drive. "Depa bagi injection" kata ayah. Sakit itu sedikit kurang. Lebih kurang jam 12 tengah hari, kaki ayah jadi bengkak dan ada gelembung-gelembung air. Ayah minta saya pecahkan gelembung itu. Berbekalkan ilmu sekadar 'dengar-dengar' daripada mulut Prof Muhaya satu ketika dulu, saya basuh jarum dengan air panas sebelum cucuk ke gelembung air di kaki ayah. 

September 2 - Pulang dari kerja, kaki ayah sedikit lega. Bengkak semalam ada susutnya. Menjelang malam, sakit semula. Ayah nekad. Baju sudah siap dimasukkan ke dalam beg. Mahu serah diri ke HBM. Selesai urusan di rumah malam itu, ayah ke HBM ditemani mak dan Danial. Saya tunggu di rumah. Minggu ini saya melalui hari-hari penting di tempat kerja. Saya perlu rehat yang cukup.

September 3 - Mak telefon saya untuk update seterusnya. Hari Rabu, semua orang maklum saya hanya akan pulang ke rumah jam 8 malam keatas. Kelas bahasa Jepun. Ayah dah pun dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) wad Orthopedic. Kata doktor ada nanah di dalam daging kaki. Jam 12.00 tgh malam, mak telefon saya sekali lagi. "Ayah dah masuk bilik operation" kata mak. Saya hanya menjawab "un!" (ala-ala anak jepun berkata 'ya'). Mata saya berair. 

September 10 - Ayah beransur sihat. Semua komen dari doktor positif. Saya sangat bersyukur. Hari ini saya ambil half day leave. Pulang awal, saya singgah HSJ melawat ayah. Itulah rutin harian saya sejak seminggu lalu. Mak teman ayah malam hari. Siang, kami adik beradik bergilir, tapi giliran saya lepas habis waktu bekerja sehingga lewat malam. Tapi malam ini, saya volunteer jaga ayah sebelah malam. Sekitar jam 11 malam, saya memandu sendirian ke HSJ. Alhamdulillah, sempat merasai sendiri..penat berjaga malam di hospital.

September 11 - Saya pulang selepas suapkan ayah makan pagi. Saya ambil abnormal departure 2 jam. Waktu masuk kerja saya jam 10.30 pagi. Ayah mahu pulang ke rumah hari ini. Keluarga saya sudah bersetuju untuk proceed dengan perubatan alternatif. Alternatif ye..bukan 'cara kampung'. Ubat yang akan digunapakai ialah BSY Fed-Noni dan RCC Stevia. Luka yang besar itu masih perlu dicuci saban hari. Oh, sebelum saya pulang ke rumah, Fiza, freelance nurse yang akan buat dressing ayah minta saya ambil gambar kaki yang sudah dibedah itu. 


September 21 - Gambar ini saya rakam selepas 10 hari ayah mulakan 'ubat baru'.







September 28 -  Selepas 18 hari.

October 3 - Selepas 23 hari..daging dah makin banyak. Hari ini saya on leave. Sebabnya, saya kena belajar cara nak dressing luka kaki ayah ni. Fiza akan bercuti raya aidiladha sekitar 4 hari.
October 6 - Hari ke 26 selepas ayah gunakan BSY Fed-noni. Daging tumbuh dengan baik. Alhamdulillah. Saya juga sudah sedikit mahir untuk handle semua benda yang berkaitan luka. Setiap malam saya juga bertugas sebagai physiotherapist untuk ayah. Saya belajar daripada sepupu saya yang memang grad dari bidang ini.


7 comments:

ケイ留美 said...

alhamdulillah, syukur. Allah takkan hampakan usaha & doa org yg sabar. usaha dah usaha sekadar yg mampu, doa pun selagi ada usia & waktu... kemudian sabar dgn ujian tu. InsyaAllah.

apa2 pn yg jd, daku berpegang pd ayat ni "Allah takkan uji seseorg tu dgn ujian yg dia x mampu nk hadapi". ada sebab segala sesuatu tu berlaku. xlah daku kata segala jenis musibah tu kena terima bulat2, termasuk musibah yg docari sendiri atau ditempah sendiri. tapi mmg ya, kita hanya mampu usaha, doa & tawakal semoga segala yg kita buat tu Dia redha, benar di jalanNya kan...

bertabahlah wahai sahabat. org yg menjaga org sakit pn kena kuat, lebih dr yg sakit. semoga ayah kamu cpt sembuh. aamiiiin.

Ismi MASTURA said...

Alhamdulillah syukur.. Ngeri jugak akak tgk
Tapi mmg nampak perubahan dia
Semoga ALLAH berikan kesembuhan kpd ayah Dila
Semoga Dila dikurniakan kekuatan dan ketabahan ye..Amin

Dalila Nizam said...

Rubi chan, terima kasih bebanyak! Moga kamu juga tabah menghadapi hari depan..ehehe.

Kak Mastura, terima kasih. Apa yang boleh dila share, utk kebaikan bersama, Dila akan share sebanyak mungkin.

FATIRAH MOHAMAD KASIM said...

Alhamdulillah..semakin pulih luka ayah.

Bole kongsi ayah ambil ubat apa?

Moga Ayah sis cepat sembuh dan sihat :)

http://fatirahmohdkasim.blogspot.com/

Dalila Nizam said...

Fatirah Mohamad Kasim, ayah ambil ubat BSY Fed-Noni. Then, gula diganti dgn RCC stevia.

Stevia tu buat minum. BSY Fed-Noni tu titik bwh lidah, kemam. then, titik jugak kat luka.

Siti Hajar said...

Salam wbt saudari Dalila. Semoga ayah saudari berada dlam keadaan yang molek sentiasa.

boleh tanya, apa yang menyebabkan kaki ayah saudari terpaksa di bedah?

Dalila Nizam said...

Waalaikum salam, siti hajar.

Menurut doktor yang jaga dekat wad hari tu, jangkitan kuman. katanya, kuman yg biasa-biasa je..yg semua org boleh kena. Cumanya ayah ni dah berumur, jadi antibodi kureng sikit untuk lawan kuman tu.

Bedah sebab nak buang nanah dalam daging.