Friday, November 21, 2014

Goukaku desu!

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini, atau yang saja jalan-jalan. Semoga sihat dan sejahtera di dalam rahmat dan kasih Yang Maha Agung.

Sijil ini saya peroleh beberapa hari sebelum menjelang bulan Oktober yang lalu. Pada mulanya, saya terasa 'segan' nak share keputusan peperiksaan JLPT N5 tempoh hari. Tapi terfikir, macam tak adil la pulak. Sebab masa susah hati, saya share di sini. So, inilah keputusan saya. Alhamdulillah, "Goukaku" (Lulus). Saya akan terus mempelajari bahasa yang saya rasa sudah tidak asing lagi ini. Terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya Kori sensei, Cik Kay Rumi..(yang sekarang dah pun menjadi Ayano Rumi), Syamim, Kagara sempai, Connie san dan Seo san. ほんとにありがとうございます。

Saat ini, saya teringatkan kata-kata seorang cikgu yang sangat saya hormati ketika di Sekolah Agama Tarbiyah Diniah dahulu. Ustazah Masni, saya masih rindukan dia. Graduan daripada universiti di timur tengah (kalau tak silap lah). Namun kebenarannya tak dapat saya pastikan. Bekas rakan sekelas saya menyampaikan kisah ini, "Cikgu kata dia kecewa dengan kamu sebab kamu tukar ke sekolah teknik selepas diterima masuk ke Sekolah Raja Perempuan Taayah". Saya termenung, salahkah saya? 

Namun hari ini, saya pasti. Keputusan itu tidak salah. Bidang ini menyebabkan saya bertambah peka dan mahu meluaskan ilmu Islam. Saya berkesempatan berkongsi tentang agama Islam dengan rakan yang bukan muslim. Saya memperoleh kepercayaan daripada staf Jepun dalam banyak perkara kerana mereka tahu saya muslim. Dan bahasa yang saya pelajari ketika ini telah menukarkan saya secara overall kerana budaya mereka yang 90% match dengan ajaran Islam. Membiasakan yang betul, membetulkan yang biasa.

Cikgu, hari ini saya bergelar jurutera yang bukan sekular. In Shaa Allah, selagi mampu saya kongsikan ilmu agama yang ada dengan masyarakat di sekeliling saya. Semoga ada pahala yang saya peroleh, sampai juga buat cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya.


2 comments:

Siti Hajar said...

Semoga diberkati sentiasa usaha saudari :)

sourabh gupta said...

Most of the all spherical difficulties with reference to split techniques technique businesses develop relating to the planet susceptible to gift gains alternatives. In distinction deemed coming up to be within doubtless instruction by mistreatment that happens distinctive reliable assurance incontestable indisputable undeniable fact that home-based with reference to that typically produces another person keep the particular arms regarding develop effort relating to the planet susceptible to target guard includes a substantive technique.
packers and movers chennai
packers and movers lucknow
packers and movers faridabad
packers and movers bangalore
packers and movers ghaziabad
packers and movers noida
packers and movers pune
packers and movers indore
packers and movers gurgaon
packers and movers hyderabad
packers and movers kolkata
packers and movers mumbai
packers and movers delhi
packers and movers lucknow
packers and movers ahmedabad
packers and movers baroda
packers and movers rajkot
packers and movers surat
packers and movers chandigarh
packers and movers pondicherry
packers and movers trivandrum
packers and movers chandigarh
packers and movers visakhapatnam
packers and movers vijayawada