Friday, February 20, 2015

2015 Winter Project - Part 2

Seoul, 2015 Winter.

(15/02/09) Saya sudah siap membancuh kopi sementara menunggu yang lain mandi pagi. Nas baru saja pulang dari pejabatnya di tingkat atas. Dekat luar kurang sejuk berbanding semalam, kata Nas. Saya mengambil keputusan untuk mengenakan winter jacket yg pendek, tapi material sebelah dalam dr jenis kain tebal.

Siap untuk keluar, agenda hari ini shopping dan ke Pulau Nami. Tapi disebabkan kami keluar lewat, maka saya dan Aimi halakan ke shopping area terlebih dahulu kerana kedai di sini tutup mengikut waktu pejabat. Kami bergegas sekali lagi ke Dongdaemun Market mencari kain cotton. Selesai membeli, kami mendapatkan bas untuk ke Namdaemun Market. Matlamat ke sana adalah untuk membeli brooch, souvenir, T-shirt dan beberapa barang keperluan. Disebabkan dah tersalah masuk, ikut pintu belakang, saya dan Aimi mencari kedai akak comel yang pernah kami pergi sebelum ini. Akak tu dulu, tak boleh cakap bahasa Melayu. Sekarang dah pandai cakap Melayu. Sebelum pulang, akak comel tu hug saya..seperti ada ukhwah terbina di situ. Dah siap shopping brooch dan lain-lain barang, kami menghala ke Myongdong.

Hasrat asal nak ke Nami terpaksa kami batalkan kerana tak sempat. Nak ke Nami Island tu sekurang-kurangnya 4 jam perjalanan pergi-balik. Kalau siap shopping pun dah jam 1300, tak sempat sampai Nami, dah tutup. 

Tiba di Myongdong, langit yang tadinya cerah berubah mendung. Ada snow turun perlahan. Eh, Salji!!! Kami terus melepak di situ..bergambar, sebahagiannya merakam video. Salji makin lebat, flake yang tadinya halus-halus mula membesar. Kami kemudiannya decided untuk pulang ke rumah. Dalam keadaan bersalji dan berangin itu kami terpaksa berjalan mencari stesen subway dan kemudiannya pulang. Suhu sekitar jadi kurang sejuk. Sampai di rumah, kami berehat sambil berbincang. Malam ini mahu ke Banpo bridge.

Lebih kurang jam 1815, Nas beritahu saya salji banyak kat luar. Boleh la nak main..dan tak sejuk sangat dah. Saya keluar daripada rumah dengan jacket biasa dan seluar trek tanpa long john di dalam. Betul, kurang sejuk! Saya, Aimi dan Sab mengambil peluang main perang salji!

Lebih kurang jam 2000, kami keluar menghala ke Banpo bridge. Salji memenuhi ruang jalan raya. Kami melangkah dengan penuh hati-hati, jalan jadi licin sebab lapisan awal salji yang turun tadi menjadi lapisan ais di atas jalan. Sab terjatuh dek licinnya jalan..alamakkk. Kami pun kalut angkat dia, rehat sebentar sebelum menyambung perjalanan. Di hujung jalan, baru perasan, kami kehilangan K (ahli rombongan kami). Dia memang jalan cepat dan langsung tak tengok orang. Terus terang cakap, selfishness will kill you here! Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik dan tunggu saja di stesen subway berhampiran. Sengaja saya malas usahakan untuk call mahupun sms K, tambahan pula K berkemungkinan tak roaming smartphonenya. Saya sarankan rakan yang lain mencari WiFi untuk berhubung melalui Whatsapp.

A kelihatan marah. Jom lah balik!, katanya. Lantak la dia..sapa suruh tak tengok orang lain langsung. Tiba di rumah, kami dapati K masih tiada. Ada juga yang susah hati..mane la K ni pegi, katanya. Saya dan Aimi hanya mendiamkan diri, sebenarnya kami berdua dah mula rasa nak marah dari siang tadi lagi. K berjaya tiba di rumah sekitar 30 minit selepas ketibaan kami. Weh..aku sesat kot cari jalan balik rumah!!! kata K. yeahhh! You just learned the first lesson..bisik hati saya.

(15/02/10) Hari terakhir di Seoul. Nas sarankan saya ke Vivaldi Park untuk main salji. Pelan asal, kami mahu ke Yongpyong Season Resort. Kata Nas situ mahal dan jauh. Vivaldi Park lebih dekat dan murah. Siap tolong tanyakan tiket dan inform PIC di Vivaldi Park lagi. Sayangnya, ahli rombongan ini tak boleh bangun awal. Saya dan Aimi dah bising-bising pagi itu. Datang sini nak jalan..bukan nak tidur! Sekarang kami perlu memilih, Vivaldi Park atau Nami Island. Kata A, kalau pergi dua-dua sekali? Tak sempat..kata Fariq, tuan punya homestay

Saya dan Aimi.
Both of us met in travel time before
and become travel mate.
Kami keluar rumah sekitar jam 1000 untuk ke Nami Island. Kami guna subway dan kemudiannya naik ITX sampai ke Gapyong. Ketika di stesen ITX Chyongnyangni (not so sure the spelling), saya arahkan yang lain tunggu di ruang perlepasan sementara saya dan Aimi membeli tiket. Aii..kalau jalan lenggang kangkung, lagi lambat lah jadinya. Saya dan Aimi berlari turun semula ke bawah untuk membeli tiket paling cepat. Berjaya! Thanks to the information counter PIC, tolong belikan guna machine. Tapi you tekan cepat sangat la abang, dah la bahasa korea, tak sempat nak belajar..hehe.

Dalam tren ITX, kami terputus dengan yang lain. Saya, Aimi dan K. Sab, A dan F. Susah hati, namun saya dah letih nak fikir pasal orang lain. Lantak kamu lah. Tiba di Gapyong, kami ambil taxi untuk ke Nami. Malas dah nak tunggu bas. Tiba di Nami, saya dan Aimi suruh orang lain belikan tiket masuk. Terasa letih melayan mereka sebagai tetamu dan kami berdua tourist guide sedangkan tidak berbayar. Nami berubah rupa. Salji dah cair, kelihatan ketul-ketul ais di permukaan tasik. Cantik cara winter lah senang cakap. Saya suka lagi musim bunga! =)

Kami mengambil keputusan untuk makan nasi goncang! All time favorite kalau datang Nami. Ada suara-suara sumbang berbicara. Eh, sedap ke? Fed up!!! Kalau nak makan sedap macam kat Malaysia, jangan datang sini. Bila dah makan, semua puji sedap. Siap recommend pada pasangan uncle & untie dari Malaysia yang kami temui ketika di surau untuk solat. Kami bergerak pulang ke Seoul dalam jam 1600. Niat nak naik ITX, tapi next train jam 1800. So, kami naik metro Korail biasa. Perjalanan sedikit lambat, tiba di Seoul sekitar jam 1930. Hampir semua tren penuh sebab orang balik kerja. 

Kami teruskan perjalanan ke Yang Good Restaurant, Kambing grill korean style. Yang penting, halal! 

Dengan tuan kedai yang ramah dan mesra. Terima kasih atas layanan kelas A!
2015 Winter Project - Part 3

2 comments:

ケイ留美 said...

alamak. takde thumb up symbol la pulakk. baru nak bg LIKE. ekekeke. part 3, please!

Dalila Nizam said...

Thanks for reading, Rumi-chan!