Friday, February 20, 2015

2015 Winter Project - Part 3

Seoul, 2015 Winter.

(15/02/11) Saya seperti biasa awal. Begitu juga Aimi. Yang lainnya masih terkapai-kapai. Macam berjaulah dengan kanak-kanak, semuanya perlu diarahkan. Pagi ini kami akan bergerak ke Gimpo Airport untuk penerbangan seterusnya ke Pulau Jeju. 

Sementara menunggu, saya study laluan paling cepat untuk ke Gimpo Airport. Nas hanya tersenyum melihat saya, faham apa yang saya fikirkan. Dia membantu. Akak ambil subway line 3 ke Express Bus Terminal, lepas tu ambil line 9. Kalau ada rezeki, dapat express train, laju sikit..ada beberapa stesen yang diorang skipped. 

Saya minta yang lain cepat. Jam 1000, kami perlu bergerak keluar. Kalau lambat, mungkin ada yang tertinggal nanti. Itupun Nas dah berkali-kali ingatkan..ada yang berlari kejap lagi ni. Entah kenapa, saya berpendapat hanya subway jalan paling laju. Taxi mungkin tak mampu memecut laju. Kami tiba di line 9, sewaktu tren sedang bertukar. Yang lain ada di belakang. Terpaksa membiarkan tren berlalu pergi. Alhamdulillah, tren seterusnya ada tren ekspres ke Gimpo Airport.

Setibanya di Gimpo Airport, kami bergegas ke kaunter Jeju Air untuk check-in. We were boarding at 1220. Setibanya di Jeju International Airport, kami memilih untuk mengambil Jumbo Taxi. Sampai di bilik hotel, kami rehat sebentar.

Review

Saya dan Aimi, kami tinggalkan Seoul dalam keadaan separa menyesal. Trip yang kami rancang untuk kami berdua dengan niat asal bermain ski dan salji tidak kesampaian. Mujur Allah temukan pengalaman salji pertama buat kami. Walau hati rasa berapi, winter di Seoul tetap warm. Dengan suasana masyarakat, umat Islam yang berkembang, Nas dan Fariq yang banyak membantu, pakcik driver taxi yang sangat menjaga kami dari tersesat, kelancaran kenderaan awam yang tak dapat ditandingi berbanding di negara sendiri. Itu belum lagi dengan teknologi car parking yang guna lift untuk disimpan di atas bangunan tanpa pemandu.

Pengalaman berjalan dalam cuaca yang ekstrim sampai sakit kaki, given hug by akak comel yang ingat muka saya since I visit her for second time, tak mungkin dapat saya lupakan. Tiada perkataan yang mampu menerangkan segalanya dengan tepat.

Next part - Jeju Island.
2015 Winter Project - Part 4

No comments: