Sunday, February 22, 2015

2015 Winter Project - Part 5

Jeju, 2015 Winter

(15/02/12) Sambungan daripada entri sebelumnya.

Seopjikoji. Lokasi pengambaran All-in House, yang saya sendiri pun tak pernah menontonnya. Kami singgah di sini sebelum perjalanan jauh ke sebelah selatan. Angin yang terlalu kuat dan sejuk sampai tahap tak mampu bertahan. Pemandangan padang rumput dengan lautan terbentang di hadapan yang cukup mendamaikan jiwa yang mencari ketenangan..cewahhh. Kami akhirnya membuat keputusan untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Maaf, tiada gambar yang boleh saya kongsi di sini sebab semua gambar dirakam dengan kamera DSLR yang belum dimuat turun..gomen ne!

Harbour bridge, Seogwipo

Harbour bridge ni letaknya di submarine town. Waktu di pintu masuk, saya perasan bunga sakura. Eh, sakura!! “Sekejap lagi kita p situ dulu na..” kata Aimi. Setelah melalui perjalanan yang agak panjang di dalam kereta, kami keluar membetulkan tulang belakang. Segar! Angin laut yang sememangnya kuat beserta suhu rendah 5°C, sepanjang jalan tangan saya hanya di dalam poket. Saya kata pada Aimi, takpa lah, ada rezeki kita jumpa lagi dengan sakura kat tempat lain. Kaki ni dah letih nak mendaki balik ke pintu masuk tadi.

Apa yang menarik?? Warna air lautnya..sangat cantik. Tak tergambar dengan kata-kata. Panas terik hari itu tidak terasa. Saya dan Aimi melalui harbour bridge hampir merangkak dek kerana kaki yang sakit maklum sahajalah, pagi tadi sudah mendaki. Laluan itu kami habiskan berdua. Saya rakam gambar Aimi, Aimi rakam gambar saya..hehe. Tiba di hujung, kami berehat sebentar menikmati kebesaran Ilahi yang ini. Ada sepasang suami isteri warga Korea yang berusia di situ, kami sekadar senyum kepada mereka. Juga seorang pemuda warga Korea yang sibuk selfie dengan monopotnya. Saya tafsirkan sebagai selfie itu tidak menjadi kerana makcik itu bertanyakan kepada pemuda itu, nak saya ambilkan gambar kamu?

Bila dah berempat, inilah hasilnya =)

Kami mencari jalan menuju ke bawah, untuk melepak di tepi batuan pemecah ombak. Daripada tengah jambatan, ada laluan bertangga untuk ke bawah. Tiba di bawah, perasaan jakun kami bertambah-tambah. Mana taknya, laut yang hijau membiru begitu bersih dan jelas hingga menampakkan pasir di dasarnya. Rasa nak terjun dan menyelam ke dasarnya! Sab dan F kemudiannya bersama kami. Saya sempat menjerit ‘Kimochiiii!!!’(Ala-ala Takeru dalam HT DVD, scene dekat pulau Mabul) tatkala angin sejuk menderu membawa bersama perasaan yang terluka! (konon..)

Cheonjeyeon Falls, Air terjun ni letaknya berhampiran dengan Habour Bridge tadi. Harbour Bridge sebelah kanan, Falls ni sebelah kiri. Sekali lagi, tempat yang dipelihara kehijauan alamnya. Saya jumpa ramai anak muda Korea di sini. Tiada yang mandi-manda. Berani nak mandi dengan suhu demikian? Hehehe. Di sini saya jumpa pokok sakura yang dah mula berbunga. Ada dalam dua ke tiga pokok, yang lainnya masih lagi seolah-olah pokok kayu yang mati.

Kami masuk dan meneliti setiap perkara. Anak muda yang melepak di tempat di sini, berkumpulan-kumpulan. Ada juga yang baru pulang daripada kerja. Saya lihat name tag itu masih lagi tergantung kemas. Kemudian, mereka duduk di tepi laluan air terjun yang jernih itu. Kebanyakannya bergambar sendirian menggunakan monopot. Pohon yang ditanam, dilabel kemas dengan sedikit keterangan dalam tiga bahasa. Korea, Jepun dan English. Antara yang menarik perhatian, pokok limau dengan buah yang banyak. Jauh juga kami berjalan ke dalam taman, akhirnya jumpa juga air terjun ni..Tapi air dia tak banyak, maklumlah sungai pun masih lagi beku.


Jusangjeolli Cliff, adalah pitstop terakhir sebelum kami pulang ke hotel. Pillar-shaped joint ini terbentuk akibat proses penyejukkan lahar daripada gunung berapi dan akhirnya membentuk struktur tiang berbentuk heksagon. Memang sangat menarik,yelah tempat kita tak ada gunung berapi. Jadinya kita pun tak pernah ambil tahu.


Siap-siap ambil gambar, kami kembali ke kereta untuk pulang ke hotel sekitar jam 1610. Perjalanan kaki bertemankan gunung-ganang bersalji dan awan yang tebal di sekitar gunung..Oh, indahnya ciptaan mu tuhan..


No comments: